‘Mat Saleh’ Ini Kongsi Bagaimana Jana RM65000 Sebulan Ketika Travel Dengan Mudah

'Mat Saleh' Ini Kongsi Bagaimana Jana RM65000 Sebulan Ketika Travel Dengan Mudah 1

Jana income dengan travel? boleh ke? jom baca perkongsian Khairul Hakimin Muhammad di Facebook beliau di bawah:

Saya keluar dari tempat ambil beg dan lekas-lekas ke tandas. Selesai semuanya, saya mencari kawan saya, si Imi yang masih belum-belum keluar dari situ. Sudah lebih 15 minit berdiri dan kelibatnya masih belum kelihatan, saya pun berjalan ke Periplus, kedai buku yang sinonim dengan lapangan terbang di Indonesia.

Saya membeli senaskah buku yang dikatakan best seller di Bali. Kemudian terus ambil tempat di meja yang kosong.

Sudah ambil pesanan, dan saya membuka Ipad untuk menjawab email dan menyiapkan beberapa teks VVIP. Minuman pun sampai. Baru sahaja mahu menghirup Jus Alpukat, datang sepasang Mat Salleh yang mahu duduk bersama. Saya ok sahajalah.

Yang lelaki hanya memakai singlet Billabong, dan yang wanita memakai skirt pink. Dua-duanya tinggi lampai, wajahnya putih kemerah-merahan.

“mahu ke mana mas?” kahkahkah terkejut saya dibuatnya. Rupanya mereka boleh berbahasa Indonesia.

Saya pun beritahu yang saya sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kami bersalaman dan bersembang beriya. Saya terus tutup Ipad dan leka bercakap dengan mereka.

Dua-dua manusia ini merupakan traveller tegar yang kini menetap di Bali. Yang lelaki Namanya Nelson dan yang perempuan pula Fae. Masih belum berkahwin namun sudah lebih 5 tahun bersama. Saya duk bertanya bagaimana mereka buat duit hingga boleh menetap di Bali dan kemudian mengembara ke lebih 20 negara setahun.

Lalu si Nelson ajarkan saya banyak perkara. Siap keluarkan kertas dan suruh saya buat itu dan ini. Dia tanya saya adakah saya guna media social? Ofkoslah, terus aku buka FB dan berlagak kemain tunjuk follower. Hahahaha. Dia ketawa, dia kata itu semua bagus.

Namun, dia tak mahu semua itu. Dia hanya menjadi editor atau writer kepada banyaknya buku travel di dalam penerbangan serta menjual gambar di stock photo. Saya tanya lagi kenapa tiada media social?

Jawapannya ada, tapi dia tak suka dan tak mahu itu semua menjadi gangguan dalam perjalanannya. Sebagai seorang yang mahu melihat alam, keindahan dan keistimewaan mana-mana tempat, dia nak perasaan itu yang best. Kemudian dia ambil gambar dan menulisnya dengan sebaik-baik.

Lalu dia akan emelkan kepada 1 penerbit dahulu. Jika lulus, dia akan terima bayaran sekitar USD30-60 per artikel. Murah sahaja. Namun kawan-kawan, mamat ini menulis lebih 15 artikel sehari. Dan purata yang lulus ialah 12 sehari.

Jadi, 12 artikel kali dengan USD 60 bersamaan dengan USD 720 sehari. Kali 20 hari (kira macam waktu kerja), maka dia dapat USD14,400 sebulan. Hahaha. Kalau tukar ke RM, maka dia menjana sekitar lebih RM65,000 sebulan. Hahahaha aku rasa nak pegang jus alpukat tu simbah ke muka sendiri ja dengar.

Itu belum lagi si Fae itu cerita tentang gambar di Stok Photo beliau dijual hanya dengan harga sekitar USD3.90-USD4.90 sahaja sekeping. Namun yang download dan beli sehari ialah sekitar 150 orang. Hahahaha. Kenapa aku ketawa entah. Beliau kata, gambar yang diambil hanya tentang kehidupan, benda yang biasa orang guna serta perkara yang normal sahaja.

Tak perlu sampai rare sana rare sini. Contohnya, dia jumpa sebuah pinggan lama, dia ambil gambar tersebut, dan up sahaja di stock photo. Ada juga gambar portrait, gambar rumah lama serta macam-macam lah.

Kata Fae, mereka berdua punya income setahun “sekadar” USD280,000 setahun. Dan itu antara penyebab mereka mahu tinggal di Bali untuk tahun ke-4 ini. Sebelum ini mereka di Bangkok dan pernah berada di Langkawi selama 3 bulan namun Bali lebih menarik dan lebih bagus dari sudut penceritaan dalam gambar. Hendak menulis dan berkarya juga katanya lebih banyak jiwa.

Kami berpisah di situ. Yang duk terngiang dalam kepala saya ialah hebatnya si Nelson ini kerana sanggup belajar Bahasa untuk dia mendapatkan income. Beliau boleh berbahasa Indonesia selepas 2 bulan duduk di Bali. Juga boleh berbahasa Siam, juga boleh berbahasa Mandarin.

Apabila saya tanya kenapa belajar Bahasa, beliau jawab, “Bahasa adalah duit. Di zaman digital sekarang, nak kuasai sesuatu, kuasai bahasanya dahulu. Kemudian, pergi belajar menulis dengan isi yang betul. Fokus dan mesti banyak membaca. Vocab hanya dapat apabila kita membaca sahaja.”

Memang gila kentang punya kagum. Fae duk nasihatkan saya, ada follower ramai, ianya bagus. Namun kena belajar tentang fokus. Biasanya apabila dah terlalu ramai manusia kita kena layan, fokus kita sendiri akan lari.

Namun dia tetap bersetuju ada kebaikannya juga dalam menaikkan diri di media social. Namun, bukan itu sahaja cara untuk buat duit dan jadi kaya.

Pasangan ini mempunyai bisnes printing di negara mereka (Australia) yang diuruskan oleh keluarganya sendiri. Kata Nelson, “perniagaan terbaik ialah yang buat kita mengembara. Jika hanya duduk setempat, kita tak belajar. Saya hanya penulis yang orang tak kenal, dan saya enjoy travel kemana saya nak. Kalau saya dikenali, boleh jadi saya tak enjoy. Kena melayan orang lain sana sini bergambar.”

Huhu bestnya hidup dia. Sekejap-sekejap masa bersembang, mereka bercium. Aku tunduk jelah. Takkan nak cium gelas alpukat pulak kheeeen.

itulah kawan-kawan,

ada pro-kontra dalam dunia bisnes kita. Namun tak semestinya apa yang kita buat sekarang tak bagus untuk orang lain walau ia bagus untuk kita. Boleh jadi, orang lain pun bersepah lagi pandai walau kita rasa kita hebatdah.

Saya perhati sahaja Fae hanya guna beg tradisional bali. Beg kain yang harganya sekitar RM30 sahaja agaknya. Pakai selipar dan si Nelson hanya bersinglet, seluar pendek dan berkasut sukan.

Yang penting ialah berbuat sesuatu dengan fokus yang betul. Ikutkan, 2-2 manusia ini sanggup ambil kelas yang betul, menguasai sesuatu bidang hingga akhirnya memberi mereka pulangan yang hebat. Hidup mereka gembira sahaja. Tak perlu pening nak buat itu nak buat ini. Nak melayan follower pun tak payah. Aman benar. Haha.

Namun, sebagai orang yang dah teruskan bisnes ini, saya belajar sesuatu iaitu kita perlu menjadi pendengar yang baik tentang bisnes orang lain. Apabila mereka hebat, itu tidaklah menjadikan bisnes kita tidak. Ianya tentang belajar menerima perbezaan dan menghargai setiap jalan cerita yang Allah berikan.

Kita hidup berTuhan. Dan semua yang terbentang luas ini adalah lapangan masing-masing mencari rezeki. Tinggal kita sahaja nak usaha atau tak. Antara benda yang saya suka tentang mereka berdua ini ialah mereka sangat hebat berkomunikasi. Mereka sebut saya “my brother” si Fae duk sebut “My Friend” berkali-kali apabila bercerita tentang bisnes mereka.

Mereka menghargai pertemuan. Dan kemudian saling mendengar serta belajar. Langsung tidak bercakap hal negative dan buruk sana sini. Itulah kelebihan orang mengembara. Matanya melihat keindahan, jika ada ujian, itu adalah cabaran untuk dirinya, bukan untuk bersembang kencang sampai orang lain terasa kesannya.

Dan yang lebih hebat ialah mereka alami semua keindahan itu, lalu tulis dan dokumenkan dalam bentuk gambar dan video. Apabila semua sudah ok, mereka jualkan kepada sesiapa yang mahu. Lalu mereka peroleh hasil yang mana semua itu adalah dari sebuah perjalanan sahaja.

Begitulah.

Terima kasih Nelson dan Fae.

Khairul Hakimin Muhammad,
Seminit di Bali, seribu ilmu Allah beri.

So dah faham ke? Macam-macam kan sebenarnya sumber income ni. Sebenarnya bila kita minat sesuatu, ianya boleh menjadi incomes kita bila kita nampak bagaimana hendak mengkormesialkan hasil kita itu. Okay lah selamat mencuba ye. InsyaAllah bila kita usaha ada rezeki di mana.

Sumber: Artikel asal di sini. Boleh ikuti beliau di Facebook, Khairul Hakimin Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *