Awas Taktik Pengedar Dadah Di Airport. Gadis Ini Kongsikan Detik Hampir Terkena.

Mungkin ramai tak belum tahu semakin hari semakin pelbagai cara yang digunakan oleh pengedar dadah untuk mengimport atau mengeksport dadah masuk dan keluar dari sesebuah negara. Kali ini, pengedar dadah menggunakan bag mangsa sebagai tempat untuk ‘menumpang’ dadah untuk di bawa keluar dari kawasan airport terutamannya ketika mangsa sibuk menguruskan bag untuk ‘check in’ di kaunter airport. Akibatnya, mangsa secara tidak sedar telah mengimport dadah yang bukan milik mereka.

Kes ini hampir berlaku kepada pemilik akaun Facebook bernama Husna Nabilah Shukeri semasa beliau dan keluarga sedang ‘check in’ di airport KLIA 2. Jom baca perkongsian dari facebook story beliau:

Plastik Yang Mencurigakan

Menurut Husna Nabilah Shukeri , tiba-tiba ada satu plastik yang entah dari mana berada bersama-sama dengan bagasi.

Related Post

Alhamdulillah, beliau membuat keputusan untuk membuang bungkusan tersebut. Jadi, kepada anda semua jangan lupa mengambil langkah berhati-hati. Kunci pada semua zip luggage mahupun bagpack untuk mengelakkan dari dimasukkan barang-barang yang dilarang ketika anda ‘check-in’.

Perkongsian beliau telah di muat naik di facebook Permata Holidays dan telah mendapat lebih 1 ribu likes dan 10 ribu shares. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian beliau.

Sumber: Perkongsian dari Husna Nabilah Shukeri

This website uses cookies.