Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In

Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 1

Pasti anda pernah dengar kebanyakan orang ke China adalah bertujuan bisnes. Sebabnya dikatakan banyak barang yang diperbuat dari sana adalah murah jika nak dibandingkan dengan di lain-lain negara seperti Australia ataupun di Eropah. Malah makin ramai penjual-penjual online tumbut disebabkan oleh perkara ini.

Walaupun begitu, setiap negara ada kelebihan masing-masing. Selain jadi ‘port’ membeli belah, China juga mempunyai destinasi yang cantik dan terbaik untuk dilawati. Malah ada juga yang telah diiktiraf sebagai keajaiban dunia seperti Tembok Besar Cina.

Sebenarnya di China bukan sahaja ada tempat bersejarah yang cantik. Jika anda peminat ‘nature’ dan permandangan yang cantik, China boleh dijadikan salah satu ‘bucket list’ anda. Pemilik Facebook akaun bernama Nur Masyita Atiqah ini berkongsi pengalaman beliau ke China selama 10 hari. Sememangnya China mempunya banyak tempat menarik yang boleh di lawati. Jom baca perkongsian beliau di bawah:

Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 2
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 3
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah

Trip Beijing-Tianjin-Harbin
24 Disember 2017 – 2 Januari 2018

Hi, nak share sikit tentang trip saya ke Beijing-Tianjin-Harbin selama >< 10 hari. Trip kali ni remarks kali ketiga saya ke China (selepas Yunnan & Guilin/Yangshuo) dan kali ni juga travel berdua dengan seorang lagi rakan saya, Sarah.

Plan utamanya nak ke Harbin, sebab nak ke Ice & Snow Festival yang femes tu, tapi lepas tu fikir, dah alang-alang, lajak dulu ke Beijing, dan lepastu juga tambah Tianjin dalam itinerari atas suggestion kawan Korea yang study kat sana.

So route kami, Kuala Lumpur – Beijing – Tianjin – Harbin – Kuala Lumpur

Saya share sikit itinerari untuk trip kami. Kalau ada yang nak full itinerary, saya ada upload itinerari kat bahagian FILE group ni. Kat Facebook personal saya ni pun saya ada share detail tentang trip ni & dibahagi ikut tempat, album Beijing, Tianjin, & Harbin. Kalau ada yang nak cari info, boleh laa tengok kat album FB saya, saya tak private album-album tu.

Bab bajet, mungkin bajet kami agak tinggi sebab kami cover 3 tempat, naik flight yang tak berapa murah, dan naik train China. Tiket flight kami beli last minit sebab masa tu tak confirm lagi nak buat trip ni, masing-masing kerja & tak confirm cuti. So, once confirm cuti, terus beli tiket flight. Preparation pun kami buat kurang sebulan sebelum trip, struggle jugak laa nak setelkan research pasal tempat, visa, itinerari, tiket tren China, etc. Tukar duit pun sehari sebelum fly.

Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 4
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 5
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah

DAY 1 – 24 DISEMBER 2017

  • Fly KUL-Guangzhou-Beijing
  • Overnight di Beijing Peking Airport sebab subway Beijing tak beroperasi lewat malam

DAY 2 – 25 DISEMBER 2017

  • Ambil Airport Express Train dari Beijing Airport ke Hostel (turun di Dongzhimen Station dan tukar Line subway selepas tu). Kos RMB25/jouney.
  • Beijing Zoo : Entrance Fee + Panda Hall – RMB14
  • Summer Palace : Entrance Fee – RMB 20
  • Niujie Mosque & Niujie Street
  • Xidan Commercial Street

DAY 3 – 26 DISEMBER 2017

  • Mutianyu Great Wall :
  • Entrance Fee – RMB45
  • Ferry Shuttle Bus – RMB15 return (taknak ambil pun boleh tapi jauhhhhhh nak naik bukit dari ticket office ke entrance)
  • Chairlift & Slide Toboggan – RMB120

DAY 4 – 27 DISEMBER 2017

  • Temple of Heaven : Entrance Fee – RMB30
  • Qianmen Street
  • Tiananmen Square 
  • Forbidden City : Entrance Fee – RMB40 (tak masuk)
  • Wangfujing Street
  • Beijing National Stadium (Bird’s Nest Stadium)
  • National Aquatic Centre
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 6
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 7
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah

DAY 5 – 28 DISEMBER 2017

Tianjin ni sebuah bandar yang terletak kira-kira 120km dari Beijing. Tapi nak ke sini senang je, boleh naik bullet train dari Beijing South Railway Station ke Tianjin Railway Station dengan kos sebanyak RMB54.50 (2nd class seat) untuk perjalanan selama 35 minit. Kelajuan maksima bullet train masa kami naik adalah 295km/h. Kalau nak rasa naik bullet train yang modern & very stable even in motion, bolehlah try yang ni.

Tianjin sesuai untuk one day trip.

  • Haihe River
  • The Century Clock of Tianjin (signature of Tianjin, depan Jiefang Bridge)
  • Jiefang Bridge
  • Italian Style Town (Marco Polo Square)
  • Wudadao / 5th Avenue
  • Ancient Culture Street (Guwenhuajie)
  • Tianjin Eyes

DAY 6 – 29 DISEMBER 2018

  • Tianjin Railway Station ke Harbin West Railway Station. Tiket tren kami dah beli lebih awal secara online di website ChinaHighlight.
  • Tren : Z367
  • Tempoh perjalanan : 12 jam (++)
  • Harga Tiket : RMB279.5/ticket
  • Service charge : RMB35/ticket
  • Zhongyang Street
  • St. Sophia Cathedral

DAY 7 – 30 DISEMBER 2017

  • Stalin Park
  • Songhua River
  • Russian Style Town : Entrance Fee – RMB20

DAY 8 – 31 DISEMBER 2017

  • Harbin Daowai Mosque
  • Zhongyang Street

DAY 9 – 1 JANUARI 2018

  • Volga Manor : Entrance Fee – RMB150
  • Harbin Ice & Snow World : Entrance Fee – RMB330

DAY 10 – 2 JANUARI 2018

Balik ke Kuala Lumpur (flight delayed & kami missed flight to KL. Airlines bagi hotel free & ganti semula tiket ke KL untuk keesokan harinya).

Lain-lain attraction di Beijing :

  • Beihai Park
  • Jingshan Park
  • Fragrant Hill
  • Nanluoguxiang (South Luogu Alley)
  • Hutong (Sichahai, Dashilar, Lingjing, etc)
  • Bell & Drum Tower
  • Lama Temple
  • CCTV Tower
  • Sun Island Park 
  • Tiger Siberian Park
  • Polarland
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 8
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 9
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 10
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 11
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah

Hostel Beijing :
Happy Dragon Backpackers Hostel.
Dekat dengan Dongsi Subway Station, dalam tak sampai 5 minit jalan. Exit E, keluar station belok kanan, jalan terus dalam 150m, nampak ada pondok telefon bertulis Happy Dragon Hostel, belok kanan masuk dalam area construction, jalan terus jeee dalam 150m, nanti nampak dah hostel tu.

Kos :
RMB162/malam untuk bilik berdua.

Review : 
Kami request check in awal. Bila masuk bilik, baru tahu kami dapat bilik yang tak berkemas lagi, mungkin guest sebelumnya baru keluar pagi tu. Turn off juga sebab katil bantal bersepah, bilik air ada sisa habuk rokok & air kencing berjejes kat toilet bowl. Sebelum keluar semula, kami report kat staff & minta kemas bilik tu. Malangnya, bila balik, bilik tetap tak berkemas & diorang bagi alasan kalau check in awal memang bilik tak kemas. Nonsense rasanya alasan tu. Argue & argue, akhirnya diorang bagi bilik baru – triple bed, kiranya upgrade percuma. Yes we know it is a hostel, kami bukan nak cerewet sangat but still laa kena jaga bab kemas & bersih kan.

Hostel Harbin:
Harbin Kazy International Youth Hostel
Lokasi hotel ni di Tongjiangjie (Tongjiang Street). Dari luar hanya nampak pintu pagar dan signboard sahaja (ada logo Youth Hostel Association), kena masuk dalam pagar baru nampak hostel ni. Lokasi hostel ni sangat strategik, hanya dalam 400m ke Zhongyang Street, 800m ke St. Sophia Cathedral, juga dekat dengan Jewish Synagogue. Bersebelahan dengan Maky Bakery House dan berhadapan dengan Haolin Business Hotel, seberang jalan dari hostel juga ada 2 restoran halal (sederet dengan Haolin Business Hotel).

Review :
Staf hostel boleh dikatakan agak membantu (tapi tak semua), boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Di hostel ada kemudahan dapur, microwave, mini library, painting room, cozy area, self service washing machine, penjualan winter gear & souvenir, pengeposan poskad etc. Keseluruhannya service & kemudahan kat sini baik & memuaskan. Cuma bilik air je laa shower dia macam chipsmore. Nak mandi pun geram haha. Dorm kami ada 8 katil sebilik dan dapat bilik 301 dekat dengan bilik mandi. Katil tak guna tilam tapi lapis apa entah, mujur comforter best, ada plug dan lampu tidur sendiri. Cuma bilik agak sempit dan kami selalu kena bergilir-gilir kemas barang sebab ruang kosong hanya ruang antara katil sahaja.

Kos :
RMB 60/katil/malam.

Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 12
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 13
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 14
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah

Makanan Halal : 
Ada banyak kedai halal kat Beijing, Tianjin, & Harbin. Kebanyakan kedai ada WiFi. Dan untuk info, walaupun kedai halal, ada certain kedai makan Halal yang menjual arak/beer. Tapi ada juga yang betul-betul ikut hukum & tak jual arak semua tu. So, pilihan di tangan anda.

Tips lain :

  1. Bawa botol & tissue. Public toilet ada banyak terutamanya di Beijing, tapi pandai-pandai cari yang menyelerakan untuk digunakan.
  2. Naik subway & tren, wajib melalui pemeriksaan keselamatan. Beg semua akan di-scan macam nak masuk departure hall airport.
  3. Bawa passport sentiasa sebab ada certain tempat memerlukan passport untuk masuk ke sana.
  4. Hati-hati lintas jalan atau jalan kat jalan raya. Motor terutamanya kat Beijing sangat senyap sebab guna motor elektrik, tak ada bunyi. Tau-tau motor tu dah kat belakang kita je.
  5. Di Harbin, kalau nak ke airport/dari airport, boleh naik bas No. 3 dengan bayaran RMB20/pax. Kalau nak ke airport, jalan je ke Zhongyang Street yang ada pintu gerbang tulisan Zhongyang Street (dekat dengan KFC), jalan terus lintas jalan dalam 300m nanti jumpa tempat tunggu bas shuttle airport. Bas setiap 30 minit.
  6. Kat Harbin ada banyak kedai souvenir yang jual coklat & kraftangan Russia. Kalau nak yang murah, boleh pergi ke kedai yang dekat junction, kedai paling besar & ada signboard warna hijau tulisan Mandarin & Russia. Kedai tu bertingkat dan bahagian atas jual coklat murah, kat bawah jual souvenir bercirikan China & Russia yang murah juga.
  7. Kat St. Sophia Harbin ada dua kedai yang jual snek/souvenir. Snek kat situ ada yang halal, jus buah pun sedap & murah.
  8. Nak beli simkad, boleh beli kat China Mobile. RMB50 dapat 10GB dan kena guna passport kalau nak beli, cuma bila nak balik Malaysia kena cancelkan registration number tu.
  9. Sejuk kat Harbin tak main-main okey. So, prepare elok-elok. Tepek body warmer, pakai muffle / earmuff untuk cover rasa sejuk, pakai kasut yang elok supaya tak jadi penguin kalau terpijak salji yang dah jadi air (atau guna spike).
  10. Naik bas kat tiga tempat ni senang je. Yang penting tau nombor bas dan nak turun mana. Nak lagi mudah, pastikan tau character Mandarin untuk bus stop yang nak dituju dan bas tu menuju ke mana. Nanti boleh refer kat board kat bus stop & tanya orang (diorang lagi prefer nak tolong kalau ada bahasa Cina sebab tak ramai yang faham bahasa/tulisan Roman & pinyin).
  11. Install VPN dari Malaysia siap-siap sebab kat China tak boleh guna Whatsapp, Instagram, & Facebook. So far yang agak stabil kami guna adalah Turbo VPN.
  12. Wechat pun sila install. Tak ada istilah budak-budak WeChat kat sana sebab WeChat antara medium terpenting kat China. Nak connect wifi kat airport & train pun kena ada akaun WeChat.

Flight :

  • China Southern Airlines. Beli guna Expedia di Skyscanner. Dapat RM1127 return (quite pricey maybe sebab last minute)
  • KUL – Beijing (transit Guangzhou)
  • Harbin – KUL (transit Changsa)

Kami ambil flight ni sebab senang semua all in, luggage + makan dan sebab nak balik terus dari Harbin. Boleh nak naik flight lain yg murah sikit macam AirAsia (masa tu AA offer dalam RM800 return), tapi nanti costing & bazir masa lagi dari Harbin nak balik ke Beijing. So, pada kami, baik kami beli tiket flight yang boleh ikut route kami.

Review flight :
Not bad. Worth it juga sebenarnya. Flight KUL-Guangzhou, Harbin-Changsa, Changsa-KUL dapat flight biasa je macam Air Asia domestik, so tak ada entertainment, cuma diorang ada la letak skrin kat bahagian atas tu, macam skrin dalam bas ekspress. Then nak dengar boleh minta headphone kat FA, cucuk je kat lubang tepi pemegang tangan. Flight Guangzhou-Beijing dapat flight besar yang macam Air Asia X tu, tapi yang ni ada laa private entertainment screen. Cerita pun best-best, jakun jugak laa kami masa tu dok explore macam-macam sampai rasa tak cukup 3 jam fly hahaha. Flight ni juga ada wifi (pada ketinggian 30,000 ft wifi automatik on), tapi disebabkan handphone tak boleh dihidupkan semasa fly, hanya yang guna laptop je la boleh gunakan kemudahan wifi tu.

Meal :
Kami awal-awal dah request untuk Muslim Meal / Special Meal. Dari Kuala Lumpur, makanan inshaAllah Halal sebab provider makanan dari Malaysia. Yang depart dari airport lain, kena ingatkan FA / staff kat kaunter masa check in sebab kes kami flight Harbin-Changsa, FA tak dapat info pasal Muslim Meal & cuma tau ada request tu lepas diorang approach kami (mungkin sebab tengok kami Muslim masa masuk flight). So flight tu kami cuma dapat Vege Meal, tu pun FA tu bagi bahagian dia sebab waktu tu cuma ada 1 je Vege Meal dalam flight tu. Meal untuk flight lain, not bad juga, ada sayur, roti, buah, and free flow drink/juice.

Luggage :
Yang kurang best, cuma boleh check in 1 baggage je per passenger, up to 21kg. Tak boleh masuk 2/3 luggage asalkan cukup 21kg macam flight lain. Patutlah tourist China selalu bawak beg besar gedabak, rupanya sebab rules airlines diorang macam ni hee. Untuk cabin, boleh bawak satu lagi beg tak lebih 5kg, tapi saya bawak backpack 40L Karrimor lebih 5kg, lepas je masuk.

Flight Attendant :
Very helpful. Mula-mula risau juga sebab ramai kata FA airlines China ni rude dan tak mesra, tapi untuk 4 kali flight dengan CSA, semuanya best & diorang sangat membantu. Terutamanya bab meal, diorang akan utamakan kami Muslim dulu, dan waktu flight delay & misconnected flight, diorang sedaya upaya bantu walaupun English diorang agak limited dan tak semua FA boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Okey, sekian terima kasih. Moga membantu 😄

Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 15
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 16
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah
Tips & Itinerari Ke China Selama 10 Hari Dengan Kos RM2500 All In 17
Kredit Foto: Facebook Nur Masyita Atiqah

So siapa yang berhajat boleh la ikuti itinerari dan tips yang dikongsi oleh Nur Masyita Atiqah ni. Mesti sangat berbaloi.

Sumber: Posting asal oleh Nur Masyita Atiqah ni Facebook Group BBM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *