Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 1

Siapa cakap nak ke luar negara perlu berbelanja besar? Sebenarnya banyak sahaja negara-negara yang kita boleh melancong dengan kos yang rendah dan anda boleh jimat banyak.

Lagi-lagi sekarang ni kebanyakan syarikat penerbangan sedang adakan promosi harga tambang murah. Masa ni lah anda kena grab cepat sebelum habis. hehe.

Jom baca kami nak kongsikan dengan anda lokasi percutian di dalam dan luar negara hanya dengan bajet lebih kurang RM500 ke bawah.

1. PULAU PINANG, MALAYSIA

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 2
Kredit Foto: Kapital.my

Kadang-kadang tak perlu jauh-jauh ke luar negara. Di Malaysia sudah cukup. Kalau di Malaysia untuk percutian budget kami pilih Pulau Pinang disebabkan banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang anda boleh lawati. Antaranya ialah Escape Park, Penang Hill, George Town, Batu Feringghi, Padang Kota dan macam-macam lagi. Penang juga terkenal dengan makanan. Bagi anda yang minat dengan sejarah, Bandar George Town sebenar antara bandar yang dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008.

2. KRABI, THAILAND

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 3
Kredit Foto: Hotels.com

Siapa yang dah ke Krabi pasti setuju dengan pilihan kami. Krabi merupakan antara destinasi popular di Thailand. Dan mengikut pengalaman kami, anda boleh dapatkan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur pergi balik menggukan Air Asia atau Bangkok Airways dengan harga RM150 atau lebih rendah lagi. Bilik dorm boleh didapati dengan harga RM20 semalam atau bilik lebih selesa dengan harga RM100. Makan di sana pula mudah nak dapatkan yang halal dan murah.

3. HO CHI MINH, VIETNAM

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 4
Kredit Foto: Vietcetera

Kalau ke VIetnam apa lagi kalau bukan niat nak bershopping sakan. hehe. Harga hotel anda boleh dapatkan sekitar RM60 semalam. Anda tak perlu risau untuk mencari restoran halal kerana banyak boleh didapati di sana dan harga juga berpatutan.

4. KOH SAMUI, THAILAND

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 5
Kredit Foto: kosamui.com

Koh Samui yang terletak di Thailand memang antara salah satu tempat tumpuan bila orang datang ke Thailand. Apa yang menjadi menarik disini ialah kecantikan dan keindahan pulaunya yang masih lagi terpelihara. Tak perlu risau jika datang ke sini, harga hotel boleh didapati dengan harga serendah RM100 semalam. Banyak restoran makanan halal disediakan di sini.

5. HATYAI, THAILAND

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 6
Kredit Foto: Matador Network

Selain Krabu dan Koh Samui, Hatyai juga merupakan tempat tumpuan pelancong terutamanya untuk yang suka membeli-belah. Di sini anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM20 jika anda memilih untuk duduk di dorm. Makanan halal pula tak susah untuk didapati di sini. Malah harganya murah.

6. SINGAPURA

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 7
Kredit Foto: Octagon

Walaupun nilai mata wang lebih tinggi 3 kali ganda dari ringgit Malaysia, namun anda tetap boleh melancong dengan kos di bawah RM500. Bagaimana? mudah sahaja. Untuk ke Singapura anda boleh memilih jalan darat atau udara, jadi mana yang murah diutamakan. Sebenarnya bila melancong ke Singapura juga anda boleh menghabiskan tempat-tempat menarik dengan satu hari sahaja. Atau lebih sehari, anda boleh bermalam di Johor Bahru untuk lebih jimat.

7. KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 8
Kredit Foto: The Crazy Tourist

Selain Pulau Pinang, jika anda jenis suka bercuti di bandar yang pesat membangun jawapannya ialah Kuala Lumpur. Di sini terlalu banyak hotel bajet atau hotel butik dengan kos hanya RM100 untuk semalam. Kemudahan pengantkutan awam seperti LRT sangat memudahkan pergerakan malah harga sangat murah. Antara tempat menarik di Kuala Lumpur ialah KLCC, Bukit Bintang, Tugu Negara, Muzium Negara, Taman Burung, Jalan TAR dan pelbagai pusat beli belah di tengah bandar. Bab makan pula pastinya makanan halal sangat mudah dijumpai dan pelbagai menu dan jenis masakan boleh anda rasai.

8. MEDAN, INDONESIA

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 9
Kredit Foto: arleneanddennis

Mengikut pengalaman kami tiket ke Medan boleh didapati dengan harga lebih kurang RM200 pergi balik menggunakan Air Asia. Penginapan disini pulak murah sekitar RM100 semalam. Banyak juga pilihan hotel yang jauh lebih murah. Makanan dihalal pula sangat mudah di dapati kecuali jika anda ke Danau Toba. Harga makanan juga juga jauh lebih murah.

9. PADANG & BUKIT TINGGI, INDONESIA

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500 10
Kredit Foto: Indonesia Tourism

Padang mungkin kurang popular tapi masih lagi tersenarai sebagai pusat pelancongan berpatutan dan berbaloi untuk dilawati. Kebiasaannya jika ke sini anda disarankan untuk singgah juga ke Bukit Tinggi. Disini juga terdapat banyak hotel murah serendah RM60 semalam. Menu masakan di Padang adalah antara yang menyelerakan buat anda yang suka selera pedas yang cenderung umpama selera di Negeri Sembilan. Menu makanan mereka adalah hampir sama tetapi lebih banyak dan pelbagai.

Sumber: herinspirasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *