10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 1

Dalam dunia ni bermacam-macam jenis traveller, ada yang orang suka travel tapi tak kisah tentang duit, spending tiket mahal, makan mahal, check in hotel mahal dan perlbagai lagi. Ada pula yang juga kaki travel tetapi punya lah berjimat dari segi tiket, penginapan, makan dan lain-lain. Sebab pada mereka memori adalah yang penting dan bukan senang sebenarnya nak kumpul duit untuk travel ni. Memang hakikatnya terpaksa sanggup berikat perut dan side income semata-mata untuk tujuan travel sahaja.

Jadi kali ini kami nak kongsikan kepada anda cara berjimat ketika travel. Jom baca..

1 – Pilih Tempat Penginapan Yang Strategik

Semasa anda buat kajian tempat yang bakal anda lawati, jangan lupa untuk pilih tempat penginapan yang strategik di mana lokasi nya berhampiran dengan lokasi-lokasi yang menarik. Dengan ini anda boleh jimat dari segi kos perjalanan. Daripada perlu sewa motosikal atau kereta, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 2
Sumber: vladyta

2 – Pilih Tempat Penginapan Yang Murah

Terpulang kepada bajet masing-masing, dan tujuan anda travel. Bila travel semestinya masa lebih terluang di luar. Jadi kenapa perlu membayar lebih hanya sekadar untuk tidur dan membersihkan diri. Dan jangan lupa untuk membuat perbandingan harga di laman sesawang seperti Booking.com, Agoda, Trivago dan pelbagai lagi.

3 – Beli Tiket Semasa Promosi

Perkara paling utama bila travel ialah tiket penerbangan, tiket bas dan lain-lain tiket pengangkutan. Tips bagaimana anda boleh alert bila syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines adakan promosi adalah dengan ‘turn on’ notifikasi dari apps, emel, laman social mereka. jadi bila ada FREE SEAT dari Air Asia, dan promosi lain anda boleh grab awal sebelum tiket habis dijual. Dan jangan lupa untuk membandingkan harga tiket penerbangan. Anda boleh guna skyscanner, kiwi atau direct terus ke laman sesawang syarikat penerbangan.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 3
Sumber: Twitter AirAsia

4 – Tempah Awal

Dari tiket pengangkutan, penginapan sehingga ke tiket lawatan, anda perlu membuat tempahan awal. Kelebihan dengan menempah awal adalah anda boleh dapat penjimatan yang banyak. Logiknya di sini, jika sesuatu itu limited kuantiti dan high demand pasti harganya mahal dan sebaliknya jika sesuatu itu high kuantiti dan low kuantiti semestinya harga murah. Jadi jika anda membuat tempahan penginapan lewat, anda mungkin terpaksa membayar lebih.

5 – Sediakan Detail Itinerari & Tepati

Itinerary adalah rujukan kita ketika travel. Jika anda dapat menyediakan itinerary yang detail seperti aktiviti, tempat lawatan, transport, penginapan, kos perjalanan, kos makan, dan pelbagai lagi kos. Jadi dengan adanya itinerary ni, kemungkinan kos perjalanan sebenar anda tidak akan melebihi dari kos anggaran, malah mungkin lebih murah.

6 – Travel Dengan Kumpulan

Travel dengan kumpulan bersama-sama kawan atau travel buddy boleh buatkan anda jimat untuk kos perjalanan seperti sewa supir, sewa kenderaan dan juga kos penginapan. Negara indonesia contoh nya, kebanyakan tempat-tempat menarik di sana agak jauh antara satu sama lain, jadi anda memerlukan penyewaan kenderaan dan supir. Jika kos 1 hari sewa RM100 untuk 4 seater, anda hanya perlu membayar RM25 seorang jika travel bersama 4 orang.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 4
Sumber: The Vocket

7 – Utamakan Aktiviti Percuma

Tak semua tempat tumpuan pelancong percuma, tetapi anda boleh utamakan aktiviti dan tempat lawatan yang percuma. Dan jika anda bijak, anda boleh bertanyakan kepada penduduk tempatan di manakah tempat-tempat menarik yang murah dan percuma di negara mereka.

8 – Masak Sendiri

Anda boleh berjimat dengan memasak sendiri selain dari makan di restoran. Kalau anda travel di negara yang matawang nya tinggi, makanan di restoran kemungkinan mahal dan untuk yang beragama Islam, agak sukar untuk mencari makanan yang halal. Jadi memasak dapat menjimatkan malah dapat makanan yang halal dan sedap mengikut cita rasa anda sendiri.

9 – Gunakan Kad Pelancong

Pass atau kad pelancong ini sangat berguna dan memberi penjimatan kepada pemakainya. Dengan menggunakan kad/pass pelancong ni anda mungkin dapat harga diskaun dari tiket lawatan, pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Tapi tak semua negara memberikan perkhidmatan ini.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 5
Sumber: Traveloka

10 – Gunakan 3rd Party Apps

Bagaimana apps ini dapat memberi penjimatan kepada ada? 3rd party apps ini sebenarnya boleh memberikan anda cashback, dan juga harga promosi. Apps yang kami sarankan adalah seperti OYO, Shopback, Bigpay, Grab, Klook dan macam-macam lagi.

Nak tahu apa kelebihan aplikasi 3rd party di atas boleh klik ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *