Kajian Mengatakan Travel Bersama Anak Membantu Mereka Lebih Bijak
Satu kajian baru menunjukkan bahawa jika anda mahu anak-anak anda menjadi lebih berjaya di sekolah, anda perlu membawa mereka lebih bercuti atau melancong.
Satu kaji selidik hampir 1,500 guru berasaskan AS, yang ditugaskan oleh Persatuan Pelajar dan Belia (SYTA), mendapati bahawa 74 % pendidik percaya bahawa melancong mempunyai kesan yang sangat positif terhadap pembangunan peribadi pelajar. 56% guru juga percaya bahawa kesan positif perjalanan dapat diberikan kepada pendidikan dan kerjaya pelajar.
Melancong boleh memberi impak yang luas kepada anak-anak. Guru-guru bersetuju bahawa kanak-kanak yang mengembara untuk mengenali budaya luar, dapat meningkatkan toleransi dan penghormatan dalam diri kanak-kanak itu sendiri, kesediaan untuk belajar dan kesediaan untuk mencuba perkara-perkara baru.

Bukan itu sahaja, guru-guru percaya bahawa selain membantu kanak-kanak di dalam kelas ianya juga boleh membantu kanak-kanak di taman permainan. Kanak-kanak yang mengembara lebih cenderung mempunyai sifat berdikari yang lebih tinggi, punyai harga diri, keyakinan, mudah adaptasi dan sensitiviti kepada sesuatu perkara. Mereka juga lebih cenderung untuk menjadi lebih kehadapan dan mempunyai ekspresi diri lebih baik daripada anak-anak yang hanya duduk di rumah.
Walau bagaimanapun, aktiviti yang berkesan tidak semestinya perlu dikunjungi di seluruh dunia untuk meneroka kebudayaan yang jauh berbeza daripada budaya tempatan. Malah melancong atau bercuti di dalam negeri tetapi ke bandar juga dapat memulakan pembelajaran dan pemahaman global kanak-kanak.
Tetapi, ada satu statistik mengatakan kanak-kanak yang di bawa bercuti atau melancong hanya akan membuat mereka mahukan lebih. Daripada guru yang ditinjau, 76% mengatakan bahawa mereka melihat kanak-kanak akan ingin pergi lebih bercuti selepas selesai satu percutian.
Apa pula pendapat anda sebagai ibu bapa?
Sumber: Artikel asal oleh Travel and Leisure