Malaysia Airlines Dianugerahkan ‘Best Airline’ di Asia

Malaysia Airlines Dianugerahkan 'Best Airline' di Asia 1

Tahniah Malaysia Airlines! Baru-baru ini syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines telah meraih anugerah Best Airline di Asia pada pameran International Association of Travel Writers Association (Patwa) International Travel Award tahun ini di ITB Berlin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Izham Ismail berkata anugerah itu didedikasikan kepada pekerjanya yang sama-sama memberi sumbangan tenaga kepada syarikat terbabit dengn nilai bertaraf dunia untuk penumpangnya setiap hari.

Sempena kemenangan ini, Malaysia Airlines akan menawarkan tambang dengan harga promosi, ’48 Hours Thank You SALE’ sebanyank 25% diskaun kepada tambang terpilih termasuk laluan ke Hong Kong dan Sydney. Semestinya ini yang di nanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

“Ini adalah bukti komitmen kami untuk menawarkan penumpang pengalaman hebat di udara dan di lapangan,”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, Izham Ismail
Malaysia Airlines Dianugerahkan 'Best Airline' di Asia 2
Thank you sale Malaysia Airlines

Anda yang berminat bolehlah menempah tiket mereka di agen perjalanan Malaysia Airlines atau melawat laman sesawang Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *