Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Hilang RM2800 Ketika Travel di Istanbul

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Hilang RM2800 Ketika Travel di Istanbul 1

Siapa tak gembira bila dapat bercuti ke luar negara kan? ianya saat-saat yang dinantikan selepas lama merancang percutian. Tak semua orang bernasih baik. Apa sekalipun perancangan kita, jika di takdirkan Allah, ianya tetap akan terjadi.

Jika anda pernah ke Turki pasti terpesona dengan kecantikan bandar lama di Turki terutamanya bangunan-bangunan yang berciri Islam banyak hasil dari tinggalan zaman kegemilangan Islam dulu.

Malah rakyatnya juga mesra kepada pelancong asing Tetapi kadang kala nasib tidak menyebelahi kita. Lelaki yang di kenali sebagai Haz Halid ini menghadapi ujian terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2800 ketika beliau mengembara di Istanbul, Tuki. Ikuti perkongisian beliau di bawah:

Pengalaman Hilang EUR600 di ATM #Istanbul (RM2,800)

Pagi Sabtu depan saya terbang ke Istanbul sehari, menghabiskan tiket serta hotel yang telah dibeli dulu, sebelum saya ‘bersara’ dari backpacking selepas April nanti.

Pada musim dingin seperti sekarang, suhu di Istanbul agak moderate. Pada musim panas, ia dicurahi pelbagai warna, dari warna-warna tulip sehingga kraftangan Turki yang dicorak dengan teliti.

Istanbul ialah tempat untuk saya bersantai, merehatkan diri di hammam dan menikmati juadah yang tidak jauh dari citarasa Eropah dengan pelbagai jenis salad dan keju, tetapi memberikan hidangan daging salami yang halal. Istanbul juga tempat untuk merasai satu momen yang tenang jika berkunjung ke masjid*

*nota tentang masjid: mereka mengambil wuduk di luar masjid dengan air sedingin ais, dan tanpa selipar. Stokin anda akan basah.

Saya tidak begitu berminat untuk membeli-belah di sana, kerana untuk survive tempat seperti Grand Bazaar, seseorang perlu semangat yang kental dalam tawar-menawar. Disebabkan 1 Euro mendapat 6 Lira, sedikit “kena kencing” ialah sesuatu yang boleh saya terima kalau benda itu saya betul-betul mahu, seperti backpack kecil yang pernah saya beli di sana.

Asalnya harga backpack ini 75 Lira (saya tidak menawar), tetapi setelah saya banyak tengok beg-beg lain, tuan kedai naikkan ke 85 Lira. Saya kata, tadi cakap 75. Dengan selamba tuan kedai itu cakap, “oh maksud saya 75,000 Yen”. Yen, di Turki? Saya cuma geleng kepala, dalam hati saya, dia betul-betul perlukan duit ini. Saya rasa dia pun sedar saya tahu dia menipu, tetapi saya pun jenis tak berapa kisah jadi saya bayar saja 85 Lira.

Tetapi ada juga harga2 di sana yang bagi saya di luar jangkauan imaginasi, dan memang bertujuan untuk mengeringkan poket pelancong sekering-keringnya.

Ada juga segelintir pemuda di sana yang memang menunggu pelancong di tepi jalan, terutamanya di tempat-tempat ramai pelancong, seperti di Taksim dan di Masjid Biru. Mereka akan mula menegur dengan “awak dari mana?”, “awak dari Jepun? China?”, “cantik kasut awak”. Kadangkala mereka mengikut berjalan.

Biarlah orang kata sombong sekalipun, tetapi saya tidak melayan perbualan ini. Saya memasang headphones noise-canceling saya dan cakap saya dari Austria. Ada yang menjawab, “oh saya dari Germany”. Saya keluarkan satu pertanyaan dalam Bahasa Jerman, dan dia berhenti mengekori saya sebab ternyata dia tidak faham.

Apa jadi kalau anda melayan mereka? Terdapat scam di mana pelancong dibawa ke kedai makan, lalu ditipu di sana sehingga kering kad kredit. Scam yang sama juga berleluasa di bandar-bandar besar di China.

Tetapi pernah sekali saya termasuk perangkap ini dan kehilangan 600 Euro dalam sekelip mata dari kad ATM saya. Saya terkial-kial di mesin ATM, seorang pakcik mengintai di belakang, lalu saya tanya, mana butang untuk ‘withdraw’? Dia tunjuk satu butang itu. Saya tekan dan terus menekan no PIN saya. Terkejut kerana no pin saya tidak dimask (****).
Dia nampak nombor itu. Sepatutnya pada masa itu saya masukkan 1-2 lagi digit palsu, tetapi saya tidak terfikir langsung.

Pakcik itu beredar segera. Saya menekan butang Cancel untuk ambil balik kad saya, tetapi kad itu tersangkut di dalam. Saya keluar untuk 2 minit untuk sambung ke internet dan cancel kad ATM tersebut, tetapi belum sempat apa-apa, saya tengok sudah hilang 600 Euro di situ.

Jadi sampai sekarang, kalau saya ingin keluarkan duit, saya keluarkan terus di ATM airport atau di ATM yang berada di dalam cawangan bank. Atau gunakan kad kredit untuk bayar.

Namun, itu satu-satunya kali saya terkena begitu. Saya sudah ke Istanbul banyak kali, dan selain dari sekali itu semuanya selamat. Saya cuma perlu belajar dari kesilapan itu dan lebih bijak.

Tentang hotel, untuk Sabtu ini saya mengambil Hotel Sultania di Fatih. Mana-mana hotel di Istanbul yang terletak pada paras sekitar 80-100+ Euro adalah hotel yang selesa, mempunyai fasiliti fitness dan juga bersih. Yang paras 20-30 Euro, mungkin lebih indah dalam gambar. Juga, jangan terlalu percaya pada map kerana Istanbul banyak bukit-bukit curam.

Dapat pengajaran dari perkongsian Haz Halid?

Di mana pun kita berada, kita perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Bila kita di luar negara, kita adalah orang asing yang tidak tahu selok belok kawasan itu. Jadi, orang tempatan boleh mengambil kesempatan terhadap kita tanpa kita sedar. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca.

Sumber: Facebook Haz Halid. Boleh ikuti beliau di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *