Taiping Di iktiraf Antara Bandar Terbaik Dunia

Taiping Di iktiraf Antara Bandar Terbaik Dunia 1

Dikenali sebagai bandar paling tebal dengan kehijauannya di Semenanjung Malaysia, Taiping diletakkan ketiga, di belakang Ljubljana, ibukota Slovenia, dan Vancouver, Kanada dalam kategori “Terbaik di Bandar” di Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 yang berlangsung di ITB Berlin, Jerman.

Presiden Majlis Perbandaran Taiping Datuk Abd Rahim Md Ariff menerima anugerah itu.

“Inilah kali pertama kami menerima anugerah antarabangsa berprestij. Pencapaian ini adalah kerana kerja keras masyarakat dan semua agensi kerajaan yang berkaitan. Majlis sentiasa berusaha keras untuk menjadikan Taiping sebagai destinasi pelancongan yang popular”

Datuk Abd Rahim, Presiden Majlis Perbandaran Taiping
Taiping Di iktiraf Antara Bandar Terbaik Dunia 2
Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Taiping

Sebelum ini, Bandar Taiping juga telah tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018 dan telah menerima Sijil Pematuhan ASEAN Clean Tourist City (ACTC) Standard 2017.

Jom lihat gambar-gambar yang diambil di Taiping di bawah. Sememangnya cantik bukan?

Jadi, pada siapa yang belum pernah melawat Taiping, banyak tempat pelancongan yang boleh anda kunjungi seperti Hutan Paya Larut Matang, Kampung Dew, Kuala Sepetang, Kuala Trong, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping & Night Safari serta Batu Kurau.

Sememangnya negara kita mempunyai khazanah alam yang menakjubkan yang sentiasa menjadi tarikan pelancong dalam dan luar. Bersama-samalah kita menjaga keindahan ini supaya anak cucu kita dapat merasa juga seperti kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *