Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju

Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 1

Sebagai rakyat Malaysia, kami sangat berbangga mempunya anak-anak tempatan yang berjaya di luar negara. Bukan mudah untuk menempah kejayaan di luar negara, tetapi Adi Sakinah Omar atau Kina Omar telah berjaya membuktikan kejayaan boleh di capai dengan hasil usaha yang tak pernah putus, minat yang tinggi, dan pengharapan kepada Allah yang berterusan terhadap apa yang kita lakukan.

Siapakah Kina Omar?

Siapa yang belum mengenali Kina atau nama sebenar beliau Adi Sakinah Omar ni? beliau merupakan anak jati kelahiran Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Sek. Keb. Taman Universiti 2 dan Sek Men. Keb. Taman Universiti selepas itu mengikut ibu beliau melanjutkan pelajaran ke Glasgow, Scotland. Di sana, beliau bersekolah Holyrood Secondary dan Anniesland College.

Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 2
Kina bersama suami, Muhd Syafiq dan anak, Yaakub

Minat Melukis

Bermula sebagai hobi akhirnya menjadi komersial apabila karya lukisan Kina membuatkan hasilnya lukisan diterima untuk membuatkan Pameran Solo di Scotland, Malaysia dan juga Jeju. Hasil lukisannya juga turut dipaparkan dalam Katalog Scottish Qualification Authority Inspiring dan sebahagiannya dipamerkan di National Art Gallery of Scotland di Edinburgh, bangunan Parlimen Scotland dan People’s Palace, Edinburgh.

Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 3
Pameran Solo Kina di Jeju

Bagaimana Bermulanya Jeju Muslim Travel

Menurut Kina, pertama kali bercuti bersama 2 orang rakan ke Pulau Jeju ketika itu membuatkan beliau terpanah hati dengan kecantikan pulau Jeju. Ketika itu beliau baru sahaja menghabiskan degree di Uitm Shah Alam dalam jurusan Art & Design. Di sebabkan kecantikan Pulai Jeju beliau berhajat untuk menyambung pelajaran di sana dan tak disangka di terima masuk untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master di Jeju National Universiti dalam jurusan yang sama.

Walaupun mendapatkan biasiswa, namun kos sara diri di sana tinggi membuatkan beliau melakukan pelbagai kerja seperti personal shopper, menjual kosmetik korea, mengajar bahasa inggeris dan mengambil upah lukis.

Hanya bermula dengan mendapat mesej dari rakan di media sosial bertanyakan tentang lokasi menarik di Jeju, terdetik di hatinya untuk menjadi pemandu pelancong memandangkan terdapat masalah perlu diatasi termasuk mencari makanan halal, bahasa Korea dan kenderaan untuk pelancong yang baru. Tak sangka mendapat sambutan sehinggalah beliau memulakan Jeju Muslim Travel pada tahun 2015.

Pernah Menerima Tun Dr Mahathir Mohammad Sebagai Tetamu

Tur Dr Mahathir Mohammad juga pernah menjadi tetamu Jeju Muslim Travel melalui surat yang di hantar oleh Kina kepada Tun. Di dalam surat tersebut Kina menceritakan keindahan dan kecantikan Pulau Jeju membuatkan Tun berkenan untuk berjumpa team Jeju Muslim Travel ketika lawatan beliau ke Jeju.

Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 4
Tun Dr Mahathir Mohammad bersama isteri sebagai Tetamu Jeju Muslim Travel

Kejayaan Demi Kejayaan di Ukir

Selepas mewujudkan Jeju Muslim Travel, bermula hanya 8 pelanggan sebulan sampailah mencecah 250 pelanggan sebulan. Jeju Muslim Travel berjaya memikat AirAsia untuk membuka laluan terus penerbangan ke Jeju dari KLIA. Jeju Muslim Travel satu-satunya syarikat pelancongan Malaysia berdaftar dan berlesen dengan Jeju Tourism Organization.

Selepas kejayaan memikat AirAsia untuk membuka laluan terus ke Jeju, Kina dan suami tercetus idea menubuhkan Kereta Sewa Jeju untuk menarik lagi pelanggan terutamannya kepada mereka yang berminat untuk meneroka Jeju dengan sendiri.

Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 5
Pelancaran Laluan Terus ke Jeju oleh Air Asia

Oleh kerana minatnya terhadap travel, beliau dan suami berpakat menubuhkan The Muslim Travel Company. Syarikat ini akan membuka pengembaraan ke negara-negara lain serata dunia. Menurutnya, The Muslim Travel Company akan bermula tahun ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang amat tinggi terutamanya dari Jeju . Antara destinasinya Turki, Iceland, New Zealand, Australia dan Balkan.

Terbaru Jeju Muslim Travel telah melancarkan ofis pertama mereka di Jeju Masil Geusthouse yang terletak di Bandar Jeju, berdekatan dengan Bas Terminal dan Jeju Airport. Kemudahan yang disediakan amatlah sesuai terutamanya untuk yang beragama islam kerana terdapanya surau dan bilik air persendirian. Kemudahan lain terdapat juga parking awam.

Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 6
Ofis Jeju Muslim Travel di Jeju Masil Guesthouse

Kesusahan dan kejayaan yang di tempah sangat memberi inspirasi kepada anak muka terutamanya yang minat mengembara. Anda pula bagaimana? walau apa pun kita pekerjaan yang kita lakukan, jika kita punyai minat yang tinggi, usaha yang berterusan, dan sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah kita juga boleh berjaya seperti Kina. Yakinlah rezeki Allah itu pasti.

Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 7
Bermula Dengan Hanya Ingin Mencari Duit Tambahan Sebagai Pemandu Pelancong, Kini Menjadi Agensi Pelancongan Muslim Pilihan No.1 di Pulau Jeju 8

Nak lihat betapa indah dan cantiknya Pulau Jeju? boleh ikuti instagram Kina di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Pulau Jeju dan perkembangan bisnes beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *