Teknik Asas Fotografi Yang Membuatkan Gambar Anda Seperti Professional
Seiring dengan kemajuan teknologi, telefon pintar telah menjadi salah satu keperluan masa kini. Telefon pintar yang kini mampu dimiliki dengan harga yang berpatutan malah dilengkapi dengan camera canggih sedikit sebanyak telah menenggelamkan penggunaan camera DSLR. Kalau nak di bandingkan dengan DSLR, tetapan kamera telefon pintar agak terhad tetapi lebih mudah dan tidak memerlukan ilmu teknikal yang tinggi untuk menggunakannya, . Walaubagaimanapun, secanggih mana pun camera telefon pintar anda, teknik mengambil gambar sangatlah penting untuk memastikan gambar yang di ambil seakan-akan seperti professional. Kali ini kami kongsikan kepada anda 10 teknik yang boleh anda pelajari untuk memperkemaskan lagi teknik mengambil gambar anda.
1 – Gunakan Stabilizer / Tripod
Untuk mengelakkan gambar yang dihasilkan menjadi kabur, anda boleh gunakan stabilizer atau tripod.

2 – Gunakan Telefon Pintar Yang Dilengkapi Dual Kamera
Kelebihan menggunakan telefon pintar dual kamera adalah anda boleh menghasilkan ‘Bokeh Effect’. Gambar lebih cantik bila subject yang difokuskan lebih menonjol dan backgroud menjadi kabur.

3 – Gunakan Tetapan Manual
Gunakan tetapan manual untuk mengawal ‘esposure’, ‘balance’, ‘ISO’ dan ‘shutter speed’ bersesuaian dengan pencahayaan. Gambar anda akan nampak lebih professional.
4 – Gunakan Teknik Simetri
Bila anda meletakkan subjek anda di tengah-tengah, gambar akan lebih nampak simetri.

5 – Fokuskan Subjek di titik Pertembungan Grid / Rule of 3rd
Teknik ini akan menghasilkan gambar lebih menarik dan seimbang antara latarbelakang dan subjek anda.

6 – Gunakan Grid Mendatar dan Menegak Sebagai Rujukan
Jadikan grid mendatar dan menegak sebagai rujukan untuk menghasilkan gambar seperti di bawah. Perhatikan langit dan lautan di bahagikan dengan garis lurus mendatar.

7 – Close Up
Gambar ‘Close Up’ lebih menarik kerana lebih mengfokuskan subjek dan menghasilkan gambar yang lebih terperinci seperti di bawah.

8 – Teknik Pantulan
Anda boleh menggunakan cermin, lopak air, sungai, laut, bangunan bercermin, permukaan berkilat dan lain-lain lagi.

9 – Gunakan ‘Leading line’
Cari leading line yang mengfokuskan subjek anda.

10 – Frame dalam Frame
Contoh frame yang anda boleh gunakan adalah tingkap, pintu, pintu gerbang, dan lain-lain objek di sekitar subjek.

Belajar sesuatu dari tips kali ini? jangan lupa kongsi untuk orang lain sama-sama belajar dengan kita. Semoga bermanfaat.
2 thoughts on “Teknik Asas Fotografi Yang Membuatkan Gambar Anda Seperti Professional”