Siapa tak teringin nak ke luar negara terutamanya trip ke London dan negara Eropah lain kan? Permandangan dan keindahan alam yang sangat cantik di sana. Memang tak akan jumpa di Malaysia. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang sejuk juga adalah satu sebab mengapa ramai yang teringin ke sana. Kali ini admin nak kongsikan dengan anda itinerari dari seorang gadis bernama Azlin Farida ni.
Terkejut admin bila baca itinerari yang di buat oleh beliau ni. Mana tak nya, trip ke London, Iceland dan Amsterdam dengan ground kos hanya RM2385 je! Ground kos ni tak termasuk tiket flight, shopping, souvenir dan makan. Sebabnya ini adalah subjektif kepada seseorang itu apabila travel.
Perkongsian beliau lebih kepada perjalanan beliau di Iceland memandangkan London dan Amsterdam adalah lokasi yang beliau pernah jejaki pada tahun 2014 – 2015. Di Iceland, beliau sempat untuk menjelajai South Iceland sahaja. Bagi yang ingin mengetahui lebih terperinci tentang perjalanan beliau di Iceland boleh hubungi beliau di Facebook Azlin Farida dan Instagram Azlinfarida.
ITINERARY
Hari 1 – London
Hari 2 – London
Hari 3 – London to Keflavik, Iceland
Hari 4 – Iceland
Hari 5 – Iceland
Hari 6 – Iceland
Hari 7 – Iceland
Hari 8 – Iceland-London-Amsterdam
Hari 9 – Amsterdam
Hari 10 – Amsterdam
Hari 11 – Amsterdam
Hari 12 – Doha-Malaysia
KOS:
Kos yang dikongsikan adalah untuk seorang:
Bestnya admin tengok pasangan suami isteri ni buat roadtrip di Iceland. Dapat singgah tempat-tempat rare di sana memang mudah bila menggunakan kereta. Ada yang berhajat nak buat roadtrip juga? jangan lupa simpan itinerari ni untuk rujukan akan datang. hehe.. Jangan lupa kongsi di Facebook anda juga untuk rujukan orang lain ye. Selamat bercuti!
Artikel ini dikongsi atas keizinan Azlin Farida.
Sumber: Facebook Azlin Farida