fbpx

Hampir Terkena! Scammer Menyamar Sebagai Polis di London Mensasarkan Rakyat Malaysia. Gadis Ini Berkongsi Detik Cemas

Ahmad Suhael

Semakin menjadi-jadi scammers ni! terbaru kes ini hampir terjadi kepada seorang gadis dari Malaysia. Gadis bernama Masyarah Zuliawati menceritakan pengalaman beliau di datangi sekumpulan orang tidak di kenali menyamar sebagai polis berdekatan Malayisa Hall. Berani betul!

Baca perkongsian beliau di bawah ni:

Hampir Terkena! Scammer Menyamar Sebagai Polis di London Mensasarkan Rakyat Malaysia. Gadis Ini Berkongsi Detik Cemas 1
Hampir Terkena! Scammer Menyamar Sebagai Polis di London Mensasarkan Rakyat Malaysia. Gadis Ini Berkongsi Detik Cemas 2
Image result for malaysia hall london
Kredit Foto: hungryonion.org

Menurut New Straights times, selain menyamar sebagai polis scammers ini juga dengan beraninya masuk ke restoran dan memgambil beg tangan yang di tinggalkan mangsa ketika mengambil tempahan di kaunter.

Selain itu, ada juga kes di mana seseorang tak di kenali kononnya meminta mangsa untuk mengambilkan gambar dan memberi mangsa telefonnya. Tetapi sebenarnya adalah bertujuan membuatkan mangsa memakan umpan. Setelah mangsa memegang telefon itu tadi, seseorang lagi rakan scammer dari arah lain datang menuduh mangsa mencuri telefon itu. sangat licik!

Jadi untuk pelancong di luar sana terutamanya rakyat Malaysia, berhati-hati lah tidak kira di mana anda berada. Elakkan untuk bercakap dengan orang asing yang tiba-tiba jadi mesra dengan anda tanpa sebab. Mereka ada niat tidak baik dan mengambil kesempatan bila anda respon terhadap mereka. Hanya rujuk di kaunter pertanyaan jika ada apa-apa masalah. Stay safe guys!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share untuk kebaikan traveller bersama.

Sumber: Facebook Masyarah Zuliawati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya

Kadang-kadang kita hairan macam mana ‘Mat Saleh’ ni boleh travel keliling dunia. Tak kerja ke? mana dorang ni dapat duit untuk travel kan? Majoriti orang, minda mereka sudah di tanam sejak di bangku sekolah lagi untuk dapat duit ialah dengan bekerja makan gaji. Di tambah pula dengan guru-guru, dan ibu […]
Hampir Terkena! Scammer Menyamar Sebagai Polis di London Mensasarkan Rakyat Malaysia. Gadis Ini Berkongsi Detik Cemas 4