Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 1

Kadang-kadang kita hairan macam mana ‘Mat Saleh’ ni boleh travel keliling dunia. Tak kerja ke? mana dorang ni dapat duit untuk travel kan? Majoriti orang, minda mereka sudah di tanam sejak di bangku sekolah lagi untuk dapat duit ialah dengan bekerja makan gaji. Di tambah pula dengan guru-guru, dan ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka berjaya masuk universiti dan dapat kerja bagus untuk gaji yang bagus. Tidak boleh salahkan guru-guru atau ibubapa, tetapi sistem pembelajaran itu sendiri yang perlu di tambah baik. Jadi artikel kali ini kami nak kongsikan bagaimana dengan travel sebenarnya anda juga boleh jana duit.

1 – Personal Shopper

Siapa yang sukakan shopping pasti suka pekerjaan ini. Mana tak nya, sambil shopping sambil itu juga bercuti kan? Mudah sahaja kerjanya contohnya seperti seseorang memesan anda untuk belikan untuknya beg tangan, jadi anda seorang personal shopper anda boleh kaut keuntungan dari tuntutan cukai, atau pun ‘mark up’ harga handbag tadi. Yang pasti beg tangan tadi sukar untuk di dapati dan harganya lebih murah.

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 2
Kredit Foto: Instagram Dik Wan

2 – Blogging

Bila adanya zaman teknologi, sangat mudah untuk jana duit dari internet. Rata-rata traveller sepenuh masa ini mempunyai blog atau website. Apa yang nak di tulis di blog? mudah sahaja. Anda boleh tulis tentang pengalaman, tips, itinerari, rujukan dan macam-macam lagi. Jadi, blog anda akan jadi rujukan orang ramai. Jadi anda boleh gunakan blog anda sebagai platform iklan contohnya google adsense, infolink, chitika dan pelbagai lagi.

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 3
Kredit Foto: impactbnd

3 – Vlogging

Vlogging atau pun video + blogging ini menjadi popular sejak adanya Youtube. Kalau nak di bandingkan dengan luar negara, Youtubers (panggilan untuk vlogger yang menggunakan Youtube) di sana lebih awal jana duit dari Youtube berbanding Malaysia dan ada yang sudah jadi jutawan! Sebagaimana anda tahu, Youtube juga merupakan sebahagian dari Google. Jadi, dengan menggunkan Youtube sebagai platform iklan, anda boleh jana duit dari video-video anda. Pastikan video-video anda menarik supaya dapat menarik ramai ‘viewers’. Sebagai traveller, ‘content’ video yang anda boleh buat adalah seperti review, unboxing, tutorial, tips dan macam-macam lagi.

Image result for vlogging
Kredit Foto: featherandthewind

5 – Jual Barang

Jika anda seorang ‘influencer’ dari blogger, instagram, atau facebook dan mempunyai pengikut yang ramai, anda boleh gunakan platform sosial media untuk menarik pengikut anda untuk beli barangan dari anda. Macam-macam anda boleh jual seperti lipstik, baju, beg tangan, kasut dan lain-lain.

4 – Jual Gambar / Video

Semestinya bila travel, anda mahukan gambar menarik dan cantik. Jadi anda boleh gunakan gambar-gambar anda tadi untuk di jual di ShutterStock, Smug Mug, iStockPhoto, 500px Prime dan banyak lagi. Untuk video pula, anda boleh gunakan platform Uscreen, Skillshare, Vimeo on Demand dan bermacam lagi. Sangat mudah bukan?

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 4
Kredit Foto: visitestespark

6 – ‘Paid Review’

Zaman sekarang sangat mudah untuk jana duit lebih-lebih lagi jika anda seorang yang berpengaruh. Sebagai contohnya instafamous. Pekerjaan sebagai Instafamous ini sebenarnya bukan lah mudah dan tidak lah terlalu susah, mereka di bayar untuk membuat ‘review’ sesuatu barang, atau servis. Jadi pastikan anda jujur tentang barang atau servis yang anda review. Yang paling best adalah review hotel dan pakej perlancongan. Sambil-sambil bekerja boleh ‘check-in’ hotel mahal dan bercuti!

7 – Buat artikel

Bila bercuti, anda boleh ambil masa untuk catat perkara menarik semasa bercuti untuk di jadikan artikel. Artikel-artikel tadi kemudiannya boleh di jual di platfrom-platform seperti ArticleSale, Dot Writer, Swarm Content dan banyak lagi. Untungnya anda di bayar dalam USD tau!

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 5
Kredit Foto: freelancewriting

8 – Buat ‘Freelance Job’

Anda bukan instafamous? tak ada masalah, banyak lagi platform-platfrom lain yang anda boleh gunakan untuk jadikan bakat anda kepada duit antaranya fiverr dan freelancer. Sebagai contoh fiverr, di sini bermacam jenis kerja anda boleh pilih bersesuaian dengan bakat anda. Contoh kerja yang ada di fiverr adalah design, melukis, menulis, rakam suara, alih bahasa dan macam-macam lagi. boleh google kalau tak percaya!

Bagaimana Anda Boleh Travel Fulltime? Ini Caranya 6
Kredit Foto: Venture Beat

Jadi anda dah nampak macam mana fulltime traveller ni dapat pendapatan dan boleh travel selalu kan? anda pon dah boleh mula buat blog, ceritakan pengalaman anda travel, buat youtube channel, tunjukkan video anda travel sekarang. Pilihan di tangan anda. hehe..

Semoga bermanfaat! Jangan lupa kongsikan di facebook anda ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *