5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight 1

Kebanyakan kita akan datang awal ke airport untuk mengelakkan dari tertinggal penerbangan bukan? Ada pula yang nak jimat, beli tiket flight pada waktu bukan peak. Jadi terpaksa datang awal memandangkan pengangkutan awam nak ke KLIA terhad pada waktu tengah malam. Bila dah datang tak tahu pula nak buat apa ye? Mari kami kongsikan apa yang boleh anda lakukan sementara tunggu flight.

1 – Berehat di Sama-Sama Hotel & Lounge

Jika masa menunggu penerbangan lama, anda boleh pilih untuk berehat di Sama-Sama Hotel & Lounge. Banyak kemudahan seperti lounge di mana anda boleh santai sambil mengopi, bilik air berserta tuala dan lain-lain, anda juga boleh tempah bilik untuk berehat dengan lebih selesa.

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight 2
Kredit Foto: samasamaexpress
5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight 3
Kredit Foto: samasamaexpress

3 – Bermalam Di Capsule Transit

Nak merasa tidur di hotel ala-ala hispter bolehlah ke sini. Sangat sesuai untuk berehat seketika sementara menunggu penerbangan. Dengan reka bentuk yang unik, seakan-akan anda telah pun bercuti di luar negara! Anda boleh menginap di sini selama antara 3jam, 6 jam dan 12 jam. Selain terdapat tempat tidur yang menarik, anda boleh baca buku yang boleh diambil percuma sahaja.

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight 4
Kredit Foto: Capsule Transit
5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight 5
Kredit Foto: Capsule Transit

3 – Rawatan Spa Di Wellness Spa

Sementara tunggu penerbangan, bolehlah manjakan diri anda di Wellness Spa ini. Terdapat beberapa pakej rawatan spa seperti rawatan kuku, urutan, refleksologi, rawatan rambut dan bilik mandi berbayar bagi yang mahu menyegarkan diri. Selain itu, di sini juga disediakan hidangan buffet.

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight 6
Kredit Foto: loungebuddy
5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KLIA2 Sementara Tunggu Flight 7
Kredit Foto: loungebuddy

4 – Tonton Filem di Movie Lounge & Sport Lounge

Bosan tunggu lama di KLIA 2 tapi anda tak suka tidur sebab takut terlepas penerbangan? boleh lepak santai di Movie Lounge dan tonton filem menarik di situ. Anda minat sukan? Boleh juga singgah di Sport Lounge, terdapat rancangan sukan menarik yang anda boleh tonton.

Related image
Kredit Foto: tinek6.blogsot
Image result for sport lounge klia2
Kredit Foto: tesyaskinderen

5 – Makan & Beli Belah

Terdapat pelbagai restoran dan pusat beli belah untuk anda lawati. Anda juga boleh singgah di NZ Curry House atau Dapur Nusantara untuk nikmati pelbagai hidangan lauk pauk. Selain itu, bagi yang meminati coklat anda boleh singgah di kedai menjual coklat. Terdapat jenama dari dalam dan luar negara di jual. Bagi yang sukakan brownies dan biskut pula anda boleh dapatkan dari Cocoa King, Country’s Tid Bits & Candies, Fidani Chocolates and Heng Heng Local Delights.

Image result for heng heng local delights klia2
Kredit Foto: klia2.info
Country's Tid-Bits & Candies Cottage, klia2
Kredit Foto: klia2.info

Semoga artikel kali ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa kongsikan di facebook anda untuk ramai lagi mendapat menfaat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *