Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih Tempat Duduk Flight Sesuai Dengan Jenis Orang

Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih Tempat Duduk Flight Sesuai Dengan Jenis Orang 1

Pengalaman naik kapal terbang memang pengalaman yang tak dapat dilupakan bukan? tempat duduk sempit, terlalu sejuk atau terlalu panas, bunyi bising, gangguan cahaya dan bermacam lagi. Terpaksalah tahan sebelum sampai destinasi. Semestinya kalau nak selesa, boleh menempah tempat duduk Business Class. Tapi tak semua orang mampu untuk menempah tempat duduk Business Class.

Jika anda seorang yang selalu travel mungkin anda tak kisah semua ini. Tetapi untuk yang jarang naik kapal terbang, mungkin nak pilih tempat duduk boleh jadi masalah pada anda. Tetapi anda tak perlu risau, jom baca perkongsian dari Pramugara Kaipo Kaka dari Hawaiian Airlines tips pilih tempat duduk flight untuk keselesaan anda ketika penerbangan.

1 – Suka Tidur? Pilih Seat Tepi Tingkap

Untuk elakkan dari terlentuk di bahu penumpang sebelah anda, tempat duduk tepi tingkap adalah solusinya. Anda boleh lentukkan kepala ke sebelah tingkap. Selain itu anda boleh merubah posisi dengan bersandar di dinding kapal terbang semasa tidur.

Image result for flight window seat
Kredit Foto: krld.radio.com

2 – Duduk Jauh Dari Pantri Jika Tidak Mahu Bunyi Bising

Bunyi bising dari pantri semasa pramugara/pramugari sedang menyediakan makanan/minimum pasti mengganggu anda jika anda seorang yang mahukan suasana senyap. Jadi elakkan pilih seat berdekatan dengan pantri.

Related image
Kredit Foto: thepointsguy

3 – Kerap Ke Tandas Boleh Pilih Seat Aisle

Terlalu kerap ke tandas? Pilih seat aisle. Memudahkan anda untuk terus ke tandas tanpa perlu melintas penumpang lain terutamanya ketika penumpang sebelah sedang tidur. Kadang-kala dek kerana segan nak tegur, terpaksa menahan sampailah ke destinasi.

Image result for seat aisle
Kredit Foto : Hovero

4 – Elak Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemansan Jika Tak Mahu Kesejukan

Pintu kecemasan memang di buat untuk membolehkan angin sejuk masuk ke dalam kapal terbang. Jadi, tempat duduk yang bersebelahan dengan pintu kecemasan pasti akan merasa lebih sejuk. Elakkan tempat duduk ini jika anda jenis tak tahan sejuk.

Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih Tempat Duduk Flight Sesuai Dengan Jenis Orang 2
Kredit Foto : Hey! Leblung

5 – Boleh Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemasan Jika Mahukan Ruang

Mungkin anda jenis kaki panjang dan perlukan ruang untuk keselesaan, boleh pilih tempat duduk bersebelahan pintu kecemasan atau belakang pembahagi kabin. Laluan pintu kecemasan lebih luas untuk memudahkan penumpang semasa kecemasan. Untuk pengetahuan anda juga, tempat duduk hadapan tidak boleh di baringkan.

Related image
Kredit Foto: airlinereporter

6 – Elakkan Duduk Berhadapan Bulkhead Jika Suka Meletakkan Kaki Pada Sesuatu

Kadang-kala lebih selesa tidur bila kaki dapat diletakkan di atas sesuatu bukan? jadi elakkan pilih tempat duduk di belakang pembahagi antara kabin kerana ruangnya sangat luas.

Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih Tempat Duduk Flight Sesuai Dengan Jenis Orang 3
Kredit Foto: thepointsguy

7 – Duduk Seat Depan Jika Tak Suka Terbulence

Adalah normal jika semasa perjalanan akan ada sedikit hentakan. Tetapi bahagian tempat duduk hadapan adalah lebih kurang berbanding belakang. Untuk sesiapa yang tak suka keadaan ini, paling sesuai pilih tempat hadapan.

Image result for tempat duduk depan dalam pesawat
Kredit Foto : Ayo Bandung

8 – Duduk Seat Depan Untuk Dapat Makanan Best

Pramugara/pramugari selalunya akan mengedarkan makanan/mimuman bermula dari depan. Jadi, jika anda duduk di hadapan, anda boleh pilih daripada variasi makanan yang disediakan. Dan bila tiba di belakang, penumpang lain hanya boleh pilih apa yang tinggal.

Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih Tempat Duduk Flight Sesuai Dengan Jenis Orang 4
Kredit Foto: theimagen

Sumber: Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *