Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Bakal Di Bina Tak Lama Lagi
Kementerian telah meluluskan Peruntukan Pembangunan Negeri Kedah untuk 2019 sebanyak RM1.132 bilion yang merangkumi 201 projek dan RM1.049 bilion bagi 51 projek baru. Antara projek yang diluluskan adaah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang bernilai RM1.6 bilion.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ini akan bertapak di daerah Kuala Muda, Kedah. Syarikat KXP Airport City Holding Sdn Bhd akan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan lapangan terbang terbabit dan dijangka akan beroperasi secara rasmi pada 4 Mac 2019. KXP Airport City Holding Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh 100 peratus Perbadanan Negeri Kedah (PKNK).
Sumber: Astro Awani