Pakar Kongsikan Cara Elakkan ‘Jet Lag’ Dengan Mudah

‘Jet Lag’ bukanlah lagi perkara asing terutamanya untuk mereka yang selalu melalui penerbangan yang jauh dan lama dan destinasi yang berbeza zon masa. Jika tidak di pandang serius, ‘jet lag’ boleh berlarutan sehingga beberapa hari selepas penerbangan. Terbang dari barat ke timur dikaitkan dengan jet lag lebih teruk dari timur ke barat. Jadi kami kongsikan kepada anda tips dari pakar seperti di bawah:

1 – Tidur Secukupnya Ketika Penerbangan.

Gunakan cermin mata hitam atau sleeping mask untuk membuatkan mata mengantuk. Bila otak dapat mengesan keadaan gelap, ianya akan menghasilkan metalonin dalam badan anda. Metalonin merupakan perangsang untuk rasa mengantuk. Gunakankan bantal berbentuk C di belakang tengkuk ketika tidur untuk menambahkan keselesaan ketika tidur.

2 – Pilih Masa Penerbangan Yang Tiba Pada Waktu Siang

Memandangkan sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang kebanyakan masa anda di isi dengan tidur terutamanya untuk penerbangan yang lama, jadi anda disarankan untuk pilih masa penerbangan yang membuatkan anda tiba di destinasi pada waktu siang. Tiba pada waktu siang akan menetapkan semula masa badan anda dengan tempat baru.

3 – Jaga Pemakanan

So bila anda sampai di destinasi, pastikan anda makan seperti biasa untuk anda kekal segar dan badan anda dapat mengadaptasi masa di tempat baru. Bagi peminat kaffein, sesuai untuk anda minum kopi pada waktu pagi.

Instead of going back to sleep, go explore your new destination.
Kredit Foto: businessinsider

4 – Cari Syarikat Penerbangan Yang Mempunyai Initiatif Terhadap ‘Jet Lag’

Untuk pengetahuan, beberapa syarikat penerbangan telah mengambil initiatif terbaik untuk kurangkan ‘jet lag’ kepada para penumpang. Antaranya Qantas telah pun berkolaborasi dengan University of Sydney untuk mengkaji kesan suhu dan cahaya terhadap penumpang kapal terbang. Manakala Singapore Airlines pula bekerjasama dengan Canyon Ranch Spa dalam menghasilkan senaman yang boleh mengurangkan ‘jet lag’

5 – Buat Persediaan Awal

Ubah waktu tidur anda, ubah juga pemakanan anda. Ianya boleh membantu kurangkan masalah ‘jet lag’ ini dikemudian hari. Anda boleh gunakan aplikasi Timeshifter untuk membiasakan anda dengan waktu destinasi yang bakal anda pergi nanti. Ini kerana setiap destinasi mempunyai jarak yang berbeza.

Sumber: msn