fbpx

Jenis-Jenis Baby Carrier Untuk Kaki Travel Yang Ramai Tak Tahu

Ahmad Suhael

Untak kaki melancong yang suka bawak anak, mungkin kebanyakan anda akan memilih stroller berbanding baby carrier. Tetapi bagi peminat aktiviti lasak atau pun suka melancong ke tempat-tempat yang mengurangkan penggunaan stroller, baby carrier adalah pilihan yang sesuai di sebabkan ianya lebih fleksibel, tidak menggunakan ruang yang banyak dan mudah digunakan. Walaubagaimanapun, baby carrier sebenarnya ada beberapa jenis bergantung kepada berat badan anak, dan juga aktiviti yang dilakukan. Berikut kami senaraikan antara jenis-jenis baby carrier yang dihasilkan oleh jenama-jenama ternama:

1 – Deuter Kid Comfort Air / II / III

Siapa tak kenal jenama Deuter bukan? Jenama ini sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Deuter Kid Comfort direka khas untuk menampung berat sehingga 18kg (2 – 4 tahun) di tambah dengan 2.5kg berat beg itu sendiri. Deuter Kid Comfort menjadi pilihan ramai hikers kerana beg ini memberi keselesaan dan keselamatan kepada anak di dalam beg itu sendiri dan dilengkapi torso yang boleh diubah.

Dengan reka bentuk ‘padding’ yang cukup dan ‘back rest’ yang tinggi sangat sesuai lebih-lebih lagi jika anak anda semakin membesar. Berkenaan harga beg ini, boleh mencecah RM1000 dan ke atas! Untuk pengetahuan anda juga, ‘sun share’ dan ‘rain cover’ dijual berasing. Tetapi ianya normal bagi penggemar hiking kerana jenama Deuter itu sendiri.

Jenis-Jenis Baby Carrier Untuk Kaki Travel Yang Ramai Tak Tahu 1
Deuter Comfort Air. Kredit Foto: daily parent

2 – Osprey Poco AG / Poco Premium

Jenama Osprey juga tidak lupa untuk menghasilkan baby carrier mereka. Bagi penggemar jenama Osprey, semestinya anda tahu reka bentuk yang lebih kemas dan nampak ekslusif. Selain padding yang cukup, dilengkapi torso yang boleh diubah, perbezaan ketara antara Osprey Poco AG dan Premium adalah ruang tempat letak barang. Disebalik berat beg itu sendiri sebanyak 5kg, beg ini boleh menampung beg anak sehingga 20kg.

Berbanding Dueter, Osprey mereka pemegang sisi di ruang tempat letak anak lebih keras. Ini mengelakkan anak anda dari terhimpit oleh beban pada belakang beg ketika menurun bukit. Walaubagaimana pun, ‘head rest’ bagi jenama ini kurang tinggi berbanding Deuter. Tetapi apa yang menarik, setiap pembelian beg ini akan disertakan sekali dengan Sun Shade dan Rain Cover. Jika anda ingin beli berasingan boleh mencecah RM300!

Jenis-Jenis Baby Carrier Untuk Kaki Travel Yang Ramai Tak Tahu 2
Osprey Poco Premium. Kredit Foto: cabin fever bus

3. Thule Sapling

Jenama Thule juga turut menghasilkan baby carrier mereka sendiri. Reka bentuk jenama Thule adalah lebih menarik dan kemas. Mempunyai persamaan yang sama antara Deuter, beg Thule ini juga membolehkan anak diakses dari tepi beg selain dari atas. Selain itu, ‘sun shade’ dan ‘rain cover’ turut disertakan bersama beg ini.

Beg Thule direka khas untuk menampung berat sebanyak 18kg. Walaubagaimanapun, beg ini lebih berat berbanding Osprey dan Deuter iaitu seberat 3.7kg. Selain itu, warna pengeluarannya adalah terhad kepada satu warna sahaja iaitu biru da jalur kelabu di bawah seperti gambar di bawah.

Image result for thule sapling
Thule Sapling. Kredit Foto: Thule

4 – Kelty Pathfinder 3.0 / Journey Perfectfit

Sama juga seperti Deuter Comfort , Osprey Poco dan thule Sapling, Kelty mengeluarkan model mereka iaitu Journey, Pathfinder dan Perfectfit. Dengan berat beg lebih kurang 3kg, ianya mampu membawa berat maksimum sehingga 18kg. Jika dilihat dari gambar di bawah, model keluaran Kelty mempunyai ruangan tempat letak barang yang sangat terhad kecuali untuk model Pathfinder.

Dilengkapi dengan’ sun shade’ tetapi mengikut kepada beberapa kajian maklum balas dari pengguna, ‘sun shade’ yang disertakan tidak mesra pengguna. Ianya memhalang anak anda untuk melihat suasana keliling jika ‘sun shade’ ini dipasang. Malah bagi model Journey Perfectfit ianya mempunyai padding yang kurang tebal berbanding dengan Pathfinder 3.0. Yang menarik sekali, bagi model Pathfidner 3.0, anda boleh ‘unzip’ bag pack yang tersedia di belakang dan boleh di bawa ke mana-mana.

Image result for kelty pathfinder
Kelty Pathfinder. Kredit Foto: theclymb

5 – Phil & Teds Parade / Escape

Rekaan Phil & Teds lebih padat kerana ianya direka khas untuk dimuatkan di dalam cabin kapal terbang. Mempunyai berat sebanyak 2kg untuk model Parat dan 3kg model Escape, beg ini mampu menampung berat anak sehingga 18kg. Walaubagaimanapun, disebabkan reka bentuknya yang padat, tiada torso boleh ubah yang dilengkapi. Jadi, masa penggunaannya lebih pendek untuk mengelakkan badan si pembawa cepat lenguh.

Reka bentuk model Parade yang padat juga telah membuatkan model beg ini tidak dilengkapi ‘head rest’ dan ‘padding’ berbanding model Escape. Malah, ruangan tempat letak barang juga sangat terhad. Tetapi apa yang menariknya untuk model Parade, beg ini dilengkapi dengan beg kecil yang boleh di cabut. Berkenaan warna pengeluarannya, hanya terdapat dua warna sahaja iaitu biru dan oren untuk model Parade manakala untuk model Escape, tiga warna pilihan yang anda boleh pilih iaitu merah, oren dan kelabu.

Jenis-Jenis Baby Carrier Untuk Kaki Travel Yang Ramai Tak Tahu 3
Phil & Teds Escape (left) and Parade (right)

6 – Kelty Junction 2.0

Reka bentuk seperti bagpack tetapi sudah dilengkapi dengan baby carrier di antara beg dan juga si pembawa membolehkan model ini bertindak sebagai beg dan juga baby carrier. Dengan support belakang diperbuat dari aluminium, ‘lower torso’ yang boleh di ubah dan padding yang lembut, beg ini sangat kukuh mampu memberikan keselesaan untuk si pembawa. Berat maksimum yang mampu di bawa oleh beg ini adalah 13kg.

Selain itu, padding di bahagian anak juga disediakan untuk memberi keselesaan ketika di bawa. Walaubagaimanapun, beg ini tidak sesuai untuk di gunakan bersama anak yang bawah 6 bulan kerana tidak dilengkapi dengan sokongan di kepala. Malah tidak di sediakan ‘sun shade’ untuk model ini. Berkenaan dengan ruang, beg ini mempunyai ruangan tempat letak barang yang luas seperti mana bag pack. Disebabkan reka bentuknya saiznya padat, beg ini semestinya muat untuk di masukkan ke dalam kabin kapal terbang.

Jenis-Jenis Baby Carrier Untuk Kaki Travel Yang Ramai Tak Tahu 4
Kelty Junction 2.0. Kredit Foto: Rei

7 – Deuter Kangkid

Berbeza dengan Kelty Junction, Deuter Kangakid direka seakan-akan bag pack. Tempat letak anak disembunyikan di antara belakang si pembawa dan beg dengan menggunakan zip. Deuter Kangkid juga dilengkapi dengan sokong belakang yang di perbuat dari aluminium. Sama juga dengan Kelty Junction di mana beg ini tidak sesuai untuk di gunakan bersama anak yang bawah 6 bulan kerana tidak dilengkapi dengan sokongan di kepala.

Ruang tempat letak barang Deuter Kangakid lebih luas berbanding Kelty Junction iaitu 30.3 liter. Manakala berat maksimum yang mampu di tanggung oleh beg adalah 15kg. Tetapi beg ini tidak dilengkapi dengan torso boleh di ubah. Tetapi bagi yang mengutamakan ‘sun shade’, kelebihannya beg ini dilengkapi dengan ‘sun shade’.

Jenis-Jenis Baby Carrier Untuk Kaki Travel Yang Ramai Tak Tahu 5
Deuter Kangkid

Sebenarnya banyak lagi jenama lain yang mengeluarkan baby carrier seperti jenama di atas. Tetapi setiap jenama mempunyai kualiti, ketahanan dan harga harga yang berbeza. Sudah pasti jenama yang sudah popular harganya mencecah ribuan ringgit. Jadi, bergantung pada aktiviti anda dan kewangan anda beg manakah yang sesuai. Selamat memilih. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Finland Negara Di Ranking Pertama Negara Paling Gembira. Malaysia Pula Bagaimana?

Hasil kajian yang di buat oleh United Nations Sustainable Development Solutions Network, dengan kerjasama the Ernesto Illy Foundation , Finland telah diletakkan di tempat pertama di dalam senarai negara yang paling gembira untuk didiami. Diikuti dengan Denmark di tempat ke dua. Tempat ke tiga dan ke empat adalah Norway dan […]
Jenis-Jenis Baby Carrier Untuk Kaki Travel Yang Ramai Tak Tahu 7