Hampir Ditinggalkan Bas Di Eropah. Hati-Hati Jika Anda Menaiki Bas Ini

Hampir Ditinggalkan Bas Di Eropah. Hati-Hati Jika Anda Menaiki Bas Ini 1

Siapa yang tidak marah bila hampir ditinggalkan bas. Lebih-lebih lagi di tempat asing bagi kita. Jika travel secara solo pasti pening kepala apa yang ingin dilakukan. Situasi ini berlaku kepada gadis Filipina, Cham Estrera ini. Tetapi beliau tidak berdua. Beliau dan suami hampir di tinggalkan Flix Bus ketika bas sedang berhenti di petrol pam ketika perjalanan dari Amsterdam menuju ke Paris.

Menurutnya, beliau merupakan orang yang pertama ke tandas dan terdengar percakapan penumpang lain yang memberitahu pemandu bas memberikan masa hanya 5 minit sebelum menyambung perjalanan. Sangat tidak masuk akal hanya 5 minit untuk semua penumpang menggunakan tandas.

“I even thought he was just exaggerating but didn’t mean he was serious about it. I mean, how can it be possible for all his passengers to be done using the toilet in 5 minutes? “

Cham Estrera
Hampir Ditinggalkan Bas Di Eropah. Hati-Hati Jika Anda Menaiki Bas Ini 2
Kredit Foto: Walk With Cham

Setelah selesai ke tandas beliau terus naik ke dalam bas tetapi menyedari yang suaminya tiada. Disebabkan oleh rasa tidak sedap hati, beliau cuba untuk mencari suami beliau. Rupa-rupanya suaminya sedang menunggu beliau di tempat berdekatan tandas. Suami beliau cepat-cepat masuk ke dalam bas selepas menyedari beliau sudah pun ada di dalam bas.

Beberapa saat selepas itu, pemandu bas terus menutup pintu bas dan menghidupkan enjin sebelum terus bergerak meneruskan perjalanan. Penumpang lain yang tidak sempat untuk naik ke dalam bas terus ditinggalkan di kedai. Ada pula perasan terus mengejar bas berkenaan tetapi tidak diendahkan pemandu bas.

” I even saw one guy running towards the bus! But the bus driver didn’t care at all!!! It was so dreadful!!! “

Cham Estrera
Hampir Ditinggalkan Bas Di Eropah. Hati-Hati Jika Anda Menaiki Bas Ini 3
Kredit Foto: Walk With Cham

Walaupun penumpang di dalam bas menjerit memberitahu ada penumpang yang tertinggal tetapi di balas dengan alasan 5 minit diberikan tadi. Dan ada penumpang yang terus menghubungi hotline Flix Bus untuk membuat laporan dan memberitahu pemandu berkenaan dengan tujuan untuk menakutkannya tetapi dibalas bahawa dia juga turut melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan dengan menuduh penumpang yang ditinggalkan itu menghisap ganja.

“he bravely said that he also reported it to the Flix management and reasoned out that he left the 5 passengers because they were smoking weed. Which was so not true! Liar!!”

Cham Estrera

Pemandu itu juga tidak memberi kebenaran kepada rakan-rakan penumpang yang ditinggalkan untuk mengambil beg rakan mereka. Tetapi disuruh mengambilnya sendiri di ofis Flix Bus. Sangat tidak bertimbang rasa.

Cham memberitahu ianya merupakan pengalaman buruk mereka di Eropah dan menasihati pembaca lain untuk tidak menggunakan Flix Bus.

Baca cerita penuh di blog beliau di sini.

Hampir Ditinggalkan Bas Di Eropah. Hati-Hati Jika Anda Menaiki Bas Ini 4
Kredit Foto: Walk With Cham

Sumber: Walk With Cham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *