Dah Beli Tiket Tapi Tak Boleh Nak Boarding Flight? 3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Dah Beli Tiket Tapi Tak Boleh Nak Boarding Flight? 3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu 1

Pernah tak anda terkena situasi begini; tiket flight sudah beli, tapi bila sampai masa nak naik flight tak boleh nak boarding disebabkan alasan yang diberitahu tempat duduk sudah terlebih tempahan oleh staff syarikat penerbangan terbabit? Rasa nak marah pon ada kan? mana tak nya segala itinerari dan jadual semua sudah di susun, akhirnya tak dapat nak di ikut. Bayangkan anda telah pun membuat tempahan hotel, pastinya terpaksa bayar tanpa menginap.

Dah Beli Tiket Tapi Tak Boleh Nak Boarding Flight? 3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu 2
Kredit Foto: traveller

Benarkah Alasan ‘Overbooked’?

Sebenarnya situasi sebegini merupakan normal praktik oleh syarikat penerbangan untuk
maksimumkan jumlah jualan tiket mereka. Tidak semua pembeli tiket akan menaiki pesawat. Pasti ada yang terlajak tidur, batal percutian “last minute” , dan terlepas pesawat dan sebagainya. Jadi syarikat penerbangan akan membuka tempahan tiket lebih dari sepatutnya.

Sebagai contoh hanya 100 tempat duduk sebenar yang wujud tetapi di buka tempahan sebanyak 120 tiket untuk tempat duduk tadi. Jadi, mereka mengaut keuntungan lebih jika 120 orang beli, tetapi hanya 98 orang yang boarding. Sebaliknya jika situasi di mana 120 orang membeli tiket dan 120 orang juga berada ketika hendak boarding, maka akan terjadinya ‘overbooked’ disebabkan kerusi asal hanya 100 tempat duduk sahaja..

Nak lebih faham , boleh lihat video penerangan tentang “overbooked” di bawah ini atau di link ini.

Apa Persediaan Anda?

jadi apa persediaan anda untuk mengelakkan anda mengalami kerugian jika berlaku perkara di atas kepada anda? Di sini kami senaraikan 3 perkara yang anda perlu tahu:

1 – Beli Travel Insuran

Travel insuran sangat membantu bila anda menghadapi situasi ini. Cari travel insuran yang melindungi anda jika berlaku situasi di bawah. Dengan adanya insuran ini, anda akan mendapat pampasan seperti wang ringgit.

  1. Penerbangan tertunda / batalkan
  2. Kemalangan di tempat asing
  3. Bagasi rosak

2 – Check-In Awal

Untuk mengelakkan dari diri anda menjadi senarai yang paling belakang, anda digalakkan untuk melakukan ‘check in’ pada awal waktu. Ini kerana nama yang tidak ada dalam sistem mereka, tidak akan di baca oleh mesin pengimbas.

3 – Hantar Aduan

Anda juga perlu melaporkan masalah anda ke syarikat penerbangan terbabit dengan segera untuk mendapatkan pampasan seperti di bawah:

  1. Makanan, panggilan telefon terhad dan akses internet (jika ada)
  2. Penginapan hotel (di mana penginapan bermalam diperlukan)
  3. Pengangkutan antara lapangan terbang dan hotel (jika perlu)

Syarikah penerbangan terbabit perlu memlilih antara mengembalikan kos penuh tiket penerbangan yang tidak digunakan dalam masa 30 hari atau menggantikan tiket penerbangan yang baru.

Untuk lebih lanjut boleh layari laman sesawang mavcom di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *