Hagia Sohpia Kembali Menjadi Masjid?

Hagia Sohpia Kembali Menjadi Masjid? 1

Hagia Sohpia asalnya dibina sebagai gereja Ortodok pada tahun 537 masihi ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine di Konstantinopel. Namun selepas, penaklukan Empayar Turki Uthmaniyyah oleh Sultan Mehmet pada tahun 1453, monumen ini telah ditukar kepada masjid sehingga ke tahun 1935. Kemudian, pemimpin sekular Turki, Kamal Ataturk telah menukar Hagia Sophia menjadi muzium.

Bagi anda yang pernah melihat sendiri keindahan senibina Hagia Sophia ini, pasti anda terpegun sejenak. Melihat kombinasi pengaruh Islam dan Kristian di dalam satu bangunan yang dihiasi kalimah suci Islam dan lukisan-lukisan agama kristian bagai mengembalikan pengunjung ke zaman dahulu.

Terbaru, pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan akan menukarkan bangunan ikonik terbabit kepada masjid semula. Walaubagaimanapun, Mahkamah Tinggi Turki menolak cadangan tersebut.

Bagaimana pula pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *