Ikon Terbaru Terengganu Jambatan Angkat Ala-Ala Tower Bridge London

Ikon Terbaru Terengganu Jambatan Angkat Ala-Ala Tower Bridge London 1

Ala-ala Tower Bridge di London, Jambatan Angkat Terengganu sudah pun menjadi binaan ikonik di Terengganu. Walaupun masih belum siap di bina, sudah ramai pelancong datang untuk mengambil gambar berlatar belakangkan jambatan tersebut.

Jambatan tersebut bakal menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus disamping membolehkan kapal-kapal melintas di bawahnya. Jambatan setinggi 632 meter dengan kos pembinaan sebanyak RM248 juta itu juga mempunyai sambungan terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Ianya dijangka siap pada April 2019.

Image may contain: sky, ocean, outdoor and water
Kredit Foto: Facebook Cempedak Cheese
Image may contain: sky and outdoor
Kredit Foto: Facebook Cempedak Cheese

Selain itu, kawasan sekitar jambatan itu juga akan dibangunkan dengan kemudahan docking boat, serta KTCC Mall dan menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang bertaraf 30 tingkat. Ia dijangka mewujudkan 10,170 peluang pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu khususnya.

Ikon Terbaru Terengganu Jambatan Angkat Ala-Ala Tower Bridge London 2
Kredit Foto: Instagram Mohd Naim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *