fbpx

Syarikat Penerbangan Iceland, WOW Air Tutup Serta Merta

Ahmad Suhael

Syarikat Penerbangan tambang murah WOW Air terpaksa gulung tikar akibat daripada kerugian yang ditanggung pada tahun 2018. Pengumuman itu di buat selepas syarikat penerbangan itu gagal menjamin pelaburan dari Icelandair dan syarikat induk swasta Equity Partners.

Terdahulu, syarikat WOW Air sejak dilancarkan pada 2012 telah menjadi terkenal kerana pesawat ungu yang dicatnya cerah dan menawarkan harga tiket penerbangan yang rendah. Syarikat penerbangan itu pernah menawarkan penerbangan sehala antara AS dan Eropah serendah $49!

skuli mogensen
Kredit Foto: Business Insider Malaysia

Dalam sembilan bulan pertama tahun 2018, kerugian syarikat penerbangan itu lebih daripada dua kali ganda kepada $33.6 juta daripada $ 13.5 juta dari tempoh yang sama pada 2017 walaupun pendapatan melonjak sebanyak 31% kepada $501 juta.

Memburukkan lagi keadaan syarikat terbabit terpaksa memberhentikan 111 pekerja dan pengurangan daripada 11 pesawat daripada 20.

Menurut COE syarikat terbabit, Mogensen, punca terbesar kerugian adalah disebabkan oleh pembelian tiga jet Airbus A330-300 dengan kira-kira 340 tempat duduk. Pesawat ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Malah, pesawat terbabit juga memberi tekanan pada WOW Air untuk memenuhkan 120 tempat duduk tambahan untuk setiap penerbangan. Salah strategi, bungkus bisnes.

Sumber: Business Insider Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hagia Sohpia Kembali Menjadi Masjid?

Hagia Sohpia asalnya dibina sebagai gereja Ortodok pada tahun 537 masihi ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine di Konstantinopel. Namun selepas, penaklukan Empayar Turki Uthmaniyyah oleh Sultan Mehmet pada tahun 1453, monumen ini telah ditukar kepada masjid sehingga ke tahun 1935. Kemudian, pemimpin sekular Turki, Kamal Ataturk telah menukar Hagia Sophia […]
Syarikat Penerbangan Iceland, WOW Air Tutup Serta Merta 2