Tips Melancong Ke Pulau Jeju, Korea Sesuai Untuk Pelancong Muslim

Tips Melancong Ke Pulau Jeju, Korea Sesuai Untuk Pelancong Muslim 1

Pulau Jeju sememangnya cantik. Lepas Air Asia buka laluan terus ke Jeju, semakin ramai rakyat malaysia yang suka melancong datang ke Pulau Jeju ni. Ada empat musim dan ke empat empat musim semuanya cantik belaka. Kali ini kami nak kongsikan kepada anda tips dari Sakinah Omar iaitu pemilik travel agensi Jeju Muslim Travel untuk sesiapa yang berhajat nak ke Pulau Jeju. Jom baca di bawah:

Tips Melancong Ke Pulau Jeju, Korea Sesuai Untuk Pelancong Muslim 2
Kredit Foto: Instagram Sakinah Omar

TIPS KE PULAU JEJU

1) Size Jeju merupakan 3 kali ganda lebih besar dari Seoul, oleh itu dari satu attraction ke attraction yang lain akan mengambil masa yang panjang. Jadi jika anda tidak berniat untuk mengambil pakej pelancongan seperti @jejumuslimtravel , kina sangat sarankan anda untuk menyewa kereta & self drive kerana kenderaan awam di Jeju tidak sebanyak di Seoul.

2) Terdapat beberapa syarikat kereta sewa di Jeju, dan hanya terdapat satu agent kereta sewa milik rakyat Malaysia iaitu @keretasewajeju. Menyewa dengan mereka lebih mudah kerana anda boleh whatsapp mereka sekiranya berlaku apa2 kemalangan atau emergency sepanjang anda memandu di Jeju. Tapi perlu tahu seat pemandu di Jeju di sebelah kiri! Hehe

3) Berkenaan restoran halal, terdapat beberapa restoran halal / muslim friendly di Jeju, antaranya Bagdad Cafe dan Raj Mahal. Restoran2 ini menghidangkan makanan Indian. Tiada makanan Korea yang disediakan.

4) Terdapat banyak seafood restaurant yang menghidangkan makanan seafood sahaja di Jeju, anda boleh jumpai restoran-restoran ini di sekitar kawasan tepi laut, antaranya di Seongsan Ilchulbong, Hamdeok Beach, Cheonjiyeon Waterfall, Tapdong, Yongduam Rock etc. Kebanyakan restoran seafood di sini terdapat aquarium di depan restoran.

5) Jeju merupakan sebuah negara 4 musim:

  • Musim Sejuk: Dec~Feb (5C ~ -5C)
  • Musim Bunga: Mac~May (5C ~ 15C)
  • Musim Panas: Jun~Aug (15C ~ 30C)
  • Musim Luruh: Sept~Nov (15C ~ 5C)

6) Pastikan anda plan trip anda lebih awal. Kina cadangkan 1 hari cover East Jeju, 1 hari cover South Jeju, 1 hari cover North & West Jeju.

Tips Melancong Ke Pulau Jeju, Korea Sesuai Untuk Pelancong Muslim 3
Kredit Foto: Instagram Sakinah Omar
Tips Melancong Ke Pulau Jeju, Korea Sesuai Untuk Pelancong Muslim 4
Kredit Foto: Instagram Sakinah Omar

Bagi yang berminat ke Jeju boleh menghubungi Jeju Muslim Travel yang dikendalikan oleh Sakinah sendiri. Cantik kan Jeju? Jom tunggu apa lagi. hehe.

Sumber: Instagram Sakinah Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *