[VIDEO] Licik! Rakaman Penuh Terkena Pick Pocket Di Paris

[VIDEO] Licik! Rakaman Penuh Terkena Pick Pocket Di Paris 1

Ramai beranggapan kota Paris adalah kota cinta yang indah dan penuh dengan suasana romantis. Tetapi hakikatnya sebenarnya kota Paris adalah kota yang sangat bahaya terutamanya kepada pelancong dari luar negara.

Banyak kes telah pun berlaku di mana pelancong luar telah terkena pick pocket di paris dan beberapa barangan telah hilang. Terbaru, rakaman video yang dikongsi oleh Naufal Bakhudin di Facebook menunjukkan rakan beliau telah diserang oleh penyeluk saku. Sangat Licik! lihat video di bawah:

Rakaman video 360 darjah itu dibuat tanpa sengaja merakamkan aksi seorang wanita membuka beg mangsa sambil di lindung oleh seorang lagi wanita. Perbuatan mereka sangat licik dan nampak professional kerana aktiviti mereka di buat tanpa di sedari oleh rakan-rakan mangsa disekelling. Kes sebegini bukan pertama kalinya berlaku ke atas rakyat Malaysia.

Pengajaran yang boleh di ambil dari video Naufal Bakhudin adalah pastikan beg yang anda gunakan untuk bergerak seharian mempunyai zip supaya ianya lebih selamat dari diseluk. Anda jua boleh tukarkan posisi beg anda di hadapan anda untuk memudahkan anda mengawasi beg anda. Semoga video yang dikongsikan ini menjadi pengajaran untuk anda yang suka melancong ke luar negara.

Sumber: Facebook Naufal Bakhudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *