Bagi peminat aktiviti jungle trekking ataupun hiking, pasti anda selalu terdengar pendaki-pendaki lain menyebut tentang gunung G7. Bagi belum tahu, jom kami baca perkongsian dari pemilik Facebook Siti Hajar Awang Hasaan ini. Teruskan membaca.
Sebenarnya, G7 ialah Senarai 7 Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian melebihi 2000 meter atau 7000 kaki dan ke atas. Gunung-gunung yang berketinggian 2000 meter atau 7000 kaki ke atas yang terletak di Sabah dan Serawak seperti Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Kaingaron dan Gunung Mulu tidak termasuk dalam senarai G7.
Untuk pengetahuan anda, 6 gunung terletak di Banjaran Titiwangsa dan 1 lagi terletak di Banjaran Tahan (Gunung Tahan). Senarai di bawah menunjukkan 7 gunung dengan ketinggian masing-masing:
Jika anda pernah terdengar tentang V1, V2 dan V3, ianya ialah panggilan untuk versi-versi menawan Gunung G7 ini.
Bagi anda yang ingin menawan Gunung G7. Anda boleh rujuk durasi yang biasa dilakukan oleh pendaki seperti di bawah. Bergantung kepada pendaki itu sendiri, mereka bebas untuk memilih pakej program yang ditawarkan oleh penganjur ataupun GOGO.
Bagi yang belum pernah menjejak kaki mahupun mendaki gunung G7, persediaan rapi sebelum memulakan pendakian gunung G7 amatlah penting disebabkan setiap gunung G7 mempunyai keistimewaan tersendiri:
- Tahan – Terletak di Taman Negara. Terdapat haiwan liar (rusa dan haiwan lain)
- Korbu – puncak tertinggi antara semua gunung di Banjaran Titiwangsa
- Yong Belar – Air terjun lumut, hutan lumut
- Gayong – Gunung berkapit (antara Korbu & Yong Belar) dan asal usul seni silat gayong
- Chamah – Terletak di Kelantan. Merupakan hutan tebal dan terdapat haiwan liar (harimau & gajah) di dalamnya.
- Yong Yap – Mempunyai puncak berbentuk piramid. Anda diwajibkan untuk menaiki 4 wheel untuk ke tapah permulaan di perkampungan asli. Trek ini akan melalui pokok tumbang dan buluh-buluh besar.
- Ulu Sepat – Terletak di Hutan Royal Belum. Gunung ini terletak bersebelahan Gunung Chamah dan merupakan laluan paling sukar.
Jadi, gunung mana nak di tawan dahulu? tepuk dada tanya semangat dan teruskan berlatih kuatkan kaki anda. hehe.. Sebabnya bukan senang nak daki gunung ye. Tak semua orang punyai semangat, persiapan mental dan fizikal yang kuat untuk mendai gunung. Bukan setakat itu sahaja, ilmu-ilmu pergunungan juga perlu anda tahu sebagai persedian untuk masuk ke hutan.
Note: Artikel ini telah diolah mengikut format Geng Travel.
Sumber: Siti Hajar Awang Hasaan via Facebook HACAM.