fbpx

CNN Travel Memilih Pulau Pinang Antara Lokasi Percutian Musim Bunga 2019

Ahmad Suhael

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh CNN travel, Pulau Pinang dipilih antara salah satu lokasi percutian musim bunga terbaik untuk 2019 daripada 19 senarai penuh. Selain Pulau Pinang, antara lokasi terbaik lain yang tersenarai adalah Munich, Orlando, Marrakech, Malta dan Ledburry.

Artikel itu turut menyatakan Pulau Pinang adalah lokasi sesuai untuk peminat aktiviti outdoor untuk menghabiskan percutian mereka memandangkan hutan di Malaysia merupakan hutan hujan tropika. Malah ia mencadangkan para pelancong luar negara untuk melawat The Habitat yang terletak di Penang Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Bendera.

CNN Travel Memilih Pulau Pinang Antara Lokasi Percutian Musim Bunga 2019 1
The Habitat Canopy Walk. Kredit Foto: thetraveller
CNN Travel Memilih Pulau Pinang Antara Lokasi Percutian Musim Bunga 2019 2
Langur Way Canopy Walk. Kredit Foto: Blog Traveloka

Disamping menikmati pemandangan alam dengan menggunakan trek denai atau kereta kabel yang disediakan untuk ke atas, pengunjung juga boleh melihat haiwan eksotik di atas Penang Hill dengan menggunakan Aerial Trial atau Treetop/Canopy Walk. Selain itu, Habitat Canopy walk menyediakan akses kepada hidupan liar yang jarang berlaku dan pemandangan bandar Georgetown dan lautan luas.

Sumber: CNN Travel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Fuh! Istanbul Airport Baru Yang Mengganti Attaturk Airport Lagi Besar Lagi Canggih.

Bersempena ulang tahun ke 95 republik Turki, Lapangan Terbang Istanbul secara rasmi beroperasi pada 29 Oct 2018. Namun apa yang menariknya, kemudahan di lapangan terbang baru ini serba moden dan canggih. Menurut sumber Daily Sabah, lapangan terbang ini mampu mengendalikan 90 juta penumpang setahun walaupun masih lagi dalam fasa pembangunannya. […]
CNN Travel Memilih Pulau Pinang Antara Lokasi Percutian Musim Bunga 2019 4