Menurut artikel yang dikeluarkan oleh CNN travel, Pulau Pinang dipilih antara salah satu lokasi percutian musim bunga terbaik untuk 2019 daripada 19 senarai penuh. Selain Pulau Pinang, antara lokasi terbaik lain yang tersenarai adalah Munich, Orlando, Marrakech, Malta dan Ledburry.
Artikel itu turut menyatakan Pulau Pinang adalah lokasi sesuai untuk peminat aktiviti outdoor untuk menghabiskan percutian mereka memandangkan hutan di Malaysia merupakan hutan hujan tropika. Malah ia mencadangkan para pelancong luar negara untuk melawat The Habitat yang terletak di Penang Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Bendera.
Disamping menikmati pemandangan alam dengan menggunakan trek denai atau kereta kabel yang disediakan untuk ke atas, pengunjung juga boleh melihat haiwan eksotik di atas Penang Hill dengan menggunakan Aerial Trial atau Treetop/Canopy Walk. Selain itu, Habitat Canopy walk menyediakan akses kepada hidupan liar yang jarang berlaku dan pemandangan bandar Georgetown dan lautan luas.
Sumber: CNN Travel