Kereta Api Je Tapi Tempat Duduk Setaraf Penerbangan Kelas Pertama. Berbaloi!

Kereta Api Je Tapi Tempat Duduk Setaraf Penerbangan Kelas Pertama. Berbaloi! 1

Berita baik untuk siapa yang nak ke Jakarta atau Surabaya. Sekarang anda boleh rasai tempat duduk mewah bukan dengan kapal terbang tetapi dengan kereta api. Argo Bromo Anggrek Sleeper Train merupakan kereta api kelas mewah yang menawarkan tempat duduk setara tempat duduk penerbangan kelas pertama.

Kereta api Argo Bromo Anggrek Mewah adalah kereta api terpantas No.1 di Indonesia pada masa ini. Jadi masa diambil untuk laluan Jakarta – Surabaya sepanjang 730km hanya 9 jam berbanding 12 jam menggunakan kereta api biasa.

No photo description available.
Kredit Foto: Facebook SouthEast Asia Infrastructure
Image may contain: indoor
Kredit Foto: Facebook SouthEast Asia Infrastructure

Menawarkan masksimum 18 tempat duduk dalam satu gerabak membuatkan susun atur kerusi penumpang seakan di dalam kapal terbang! Berbanding tempat duduk kereta api biasa, tempat duduk kereta api mewah ini lebih privasi dan dilengkapi dengan kemudahan multimedia dan loker berharga.

Bagi yang ingin merasai dan mencuba sendiri pengalaman menaiki kereta api ini, harga tiket dijual bermula dari Rp1.2 juta (RM350+) dan penumpang dapat menikmati kemudahan mewah ini, bersama dengan makanan percuma.

No photo description available.
Kredit Foto: Facebook SouthEast Asia Infrastructure
Image may contain: indoor
Kredit Foto: Facebook SouthEast Asia Infrastructure

Sumber: Facebook SouthEast Asia Infrastructure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *