Tiada Lagi Bagasi Percuma Dengan Malaysia Airlines Untuk Penerbangan Termurah

Tiada Lagi Bagasi Percuma Dengan Malaysia Airlines Untuk Penerbangan Termurah 1

Malaysia Airlines telah mengikuti jejak langkah Air Asia dan juga Malindo Air untuk tidak menawarkan bagasi percuma untuk penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali penerbangan ke Madinah dan Jeddah berkuat kuasa 8 April 2019.

Penguatkuasaan tiada lagi bagai percuma ini hanya berlaku untuk tiket termurah iaitu Ekonomi Lite, jadi anda sebagai pemegang tiket jangan lupa untuk menyemak kelayakan tiket anda sebelum ke kaunter bagasi check in. Anda mungkin perlu membayar lebih untuk bagasi selepas ini. Walaupun bagaimanapun, anda masih boleh membawa bagasi “hand carry” secara percuma sebanyak 7kg.

Jadual penuh berat bagasi datar masuk percuma mengikut kelas penerbangan adalah seperti berikut:

Tiada Lagi Bagasi Percuma Dengan Malaysia Airlines Untuk Penerbangan Termurah 2
Kredit Foto: Soya Cincau

Untuk penerbangan ke Madinah dan Jeddah, rombakan ini masih mengekalkan dengan bagasi daftar masuk percuma sebanyak 30kg untuk semua kelas Ekonomi. Berita baik juga untuk ahli Enrich di mana mereka tidak perlu risau kerana masih lagi menerima bagasi daftar masuk tambahan secara percuma.

Tiada Lagi Bagasi Percuma Dengan Malaysia Airlines Untuk Penerbangan Termurah 3
Kredit Foto: Malaysia Airlines

Rombakan bagasi ini nampaknya mungkin memberi kesan kepada pengguna yang selama ini menggunakan Malaysia Airlines kelas ekonomi. Ada baiknya juga, kemungkinan tiket akan menjadi lebih murah dari sebelumnya bila tiada bagasi percuma, siapa tahu kan?

Sumber: Soya Cincau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *