Citilink Bakal Menjadi Pesaing Air Asia Untuk Penerbangan Tambang Murah

Citilink Bakal Menjadi Pesaing Air Asia Untuk Penerbangan Tambang Murah 1

Dengan penubuhan Citilink Malaysia Aviation Sdn Bhd, kini rakyat Malaysia sekali lagi mempunyai pilihan sekiranya bercadang untuk terbang ke luar negara menggunakan syarikat penerbangan tambang murah.

Bagi yang belum tahu, Citilink merupakan syarikat penerbangan tambang murah dari indonesia. Buat masa ini, syarikat itu akan beroperasi menggunakan AOC milik Citilink Indonesia melalui ejen yang dilantik syarikat itu iaitu Dexma.

Dexma akan ditukarkan nama kepada Citilink Aviation Malaysia serta mendapatkan AOC dan lesen dan permit berkaitan lain bagi membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi.

Syarikat penerbangan itu dijangka mula beroperasi dalam tempoh antara satu hingga dua tahun ini selepas mendapat kelulusan Sijil Pengendali Udara (AOC) dari Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Syarikat ini dikatakan akan memberi tawaran yang kompetitif antaranya pelanggan akan menikmati tawaran bagasi 10 kilogram dan hidangan percuma dalam penerbangan.

Untuk lebih lanjut boleh layari laman sesawang mereka di sini.

Citilink Bakal Menjadi Pesaing Air Asia Untuk Penerbangan Tambang Murah 2
Kredit Foto: Suryamalang

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *