Fuh! Istanbul Airport Baru Yang Mengganti Attaturk Airport Lagi Besar Lagi Canggih.

Bersempena ulang tahun ke 95 republik Turki, Lapangan Terbang Istanbul secara rasmi beroperasi pada 29 Oct 2018. Namun apa yang menariknya, kemudahan di lapangan terbang baru ini serba moden dan canggih.

Menurut sumber Daily Sabah, lapangan terbang ini mampu mengendalikan 90 juta penumpang setahun walaupun masih lagi dalam fasa pembangunannya. Ini bermakna, walaupun angka itu agak tinggi namun, ianya dijangka tidak memberi impak kepada lapangan terbang terbabit disebabkan kapasiti potensi sebenar ialah 200 juta penumpang setahun selepas siap sepenuhnya.

Kredit Foto. Facebook iGA Istanbul Airport
Kredit Foto. Facebook iGA Istanbul Airport

Kedudukan Turki sebagai pintu masuk ke Eropah menjadikannya jambatan utama antara Timur dan Barat. Malah Turki terletak tepat di persimpangan Eropah dan Asia, menjadikan Turki destinasi yang ideal untuk hab perjalanan antarabangsa.

Related Post

Lapangan Terbang Istanbul merancang untuk memaksimumkan keupayaannya dengan merancang untuk menawarkan penerbangan ke lebih 350 destinasi di seluruh dunia.

Kredit Foto. Facebook iGA Istanbul Airport

Sumber: Daily Sabah

This website uses cookies.