Wow! Lapangan Terbang Jewel Changi Yang Terbaru Ada Air Terjun Di Dalamnya.

Wow! Lapangan Terbang Jewel Changi Yang Terbaru Ada Air Terjun Di Dalamnya. 1

Seramai 500,000 orang yang telah mendaftar untuk pratonton telah pun mendapat peluang menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman ke Lapangan Terbang Jewel Changi pada 11 hingga 16 April 2019 yang lalu.

Kompleks Lapangan Terbang Jewel Changi itu mempunyai keluasan sebanyak 135,700 meter persegi membuatkan ianya mampu memuatkan 280 kedai. Pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya adalah kaunter dan kiosk daftar masuk, sebanyak 150 tempat duduk lounge dan juga sebuah hotel 130 kabin di dalam kompleks ini.

Direka oleh arkitek terkemuka dunia Moshe Safdie, kompleks lapangan terbang terbabit mempunyai bumbung yang berbentuk kubah yang sangat unik. Dan di tengah-tengah nya mempunyai HSBC Rain Vortex setinggi 40 meter dan merupakan air terjun tertutup tertinggi di dunia yang menjadi tarikan utamanya.

Selain daripada itu, kompleks lapangan terbang itu mempunyai 120 spesis tumbuhan yang ditanam membuatkan kompleks lapangan terbang ini nampak seperti di dalam taman dan hutan. Sangat unik!

Image result for jewel changi airport
Kredit Foto: Today Online
Image result for jewel changi airport
Kredit Foto: The Peak Magazine

Sumber: Channel News Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *