Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler!

Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler! 1

Nak beriadah tapi hilang minat bila terpaksa berjemur tengah panas ataupun takut digigit pacat di hutan? Kini tidak lagi perlu takut sebabnya negara kita banyak aktivit inddor yang korang boleh cuba. Jom lihat 7 senarai pusat indoor games yang kami rasa berbaloi untuk anda cuba!

1 – District 21

Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler! 2
Kredit Foto: Hotels.com

Macam-macam permainan ada di sini. Distric 21 yang terletak IOI City Mall Putrajaya menawarkan pelbagai jenis permainan sesuai mengikut peringkat umur. Merangkumi lebih daripada 6,500 meter persegi, pusat permainan ini dilengkapi dengan dinding pendakian yang diterangi lampu LED, slaid berkelajuan tinggi, trampolin dan kursus halangan udara dan bermacam lagi permainan!

Waktu operasi: 12 tengah hari – 8 malam pada hari biasa, 10 pagi – 8 malam pada hujung minggu dan cuti umum

Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.

Tel: +603 – 8328 8888

2 – Flight Experience Kuala Lumpur

Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler! 3
Kredit Foto: asiaone

Angan-angan nak jadi juruterbang kini boleh jadi kenyataan. Flight Experience Kuala Lumpur yang terletak di Pavilion Mall, Kuala Lumpur memberikan pengalaman penerbangan kepada pengujung dengan menggunakan simulator penerbangan. Anda sebagai pengunjung akan merasai pengalaman seperti seorang juruterbang Boeing 737. Anda boleh memilih beribu-ribu lapangan terbang untuk dipilih dan dengan variasi tahap kesukarannya.

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam, setiap hari

Alamat: ?168 Jalan Bukit Bintang, ?Level 2, Pavilion Mall, Kuala Lumpur 55100, Malaysia

Tel: +603 – 2110 1628

3 – Stars Archery

Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler! 4
Kredit Foto: Stars Achery

Korang suka sukan yang lebih islamik? boleh try Stars Archery ni. Stars Archery mempunyai 7 cawangan antaranya di Sunway Pyramid, Berjaya Times Square dan Aeon AU2 Setiawangsa. Selain dari permainan memanah pusat ini juga turut menganjurkan pertandingan memanah, kursus belajar memanah dan juga program team building. Menarik!

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam, setiap hari

Alamat: 05-95C, 05-95D, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Tel: +603 – 2144 1302

4 – Jump Street

Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler! 5
Kredit Foto: Jump Street Asia

You jump I jump? lets jump at Jump Street! Dekat sini ada beratus-ratus trampolin untuk korang yang kaki lompat. Selain itu ada juga Slam Dunk trampolin, Beg Udara Gergasi dan gelanggang dodgeball dan banyak lagi. Jadi, bagi ibu bapa yang ingin melompat bersama anak-anak anda, bawa anak anda ke sini. Ada 3 cawangan Jumps Street iaitu di Petaling Jaya, Johor Bahru serta Pulau Pinang.

Waktu operasi: 10 pagi – 9 malam, Ahad hingga Khamis, 10 pagi – 10 malam, Jumaat dan Sabtu

Alamat: No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: +603 – 7969 1051

5 – Xero Gravity Rock Gym

Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler! 6
Kredit foto: Twitter @ciKeju

Permainan trampolin tak cukup lasak bagi korang? Cuba ini pula. anda boleh memanjat dinding seakan memanjat bangunan seperti Siderman! Selain itu, pusat ini juga menyediakan kelas asas untuk memanjat dinding kepada pendatang baru. Bukan itu saja, taman ini juga menyediakan kolam renang, gelanggang futsal dan pelbagai lagi. Yang paling best, ada potongan harga untuk pelajar.

Waktu operasi: 12 tengah hari – 11 malam pada hari biasa, 10 pagi – 8 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Alamat: Level 9, PJX HM-SHAH Tower, No. 16A Persiaran Barat, Section 52, Petaling Jaya, 46050 Selangor

Tel: +603 – 7611 0381

6 – Lockdown KL

Pusat Indoor Games Di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba. Best Giler! 7
Kredit Foto: Discover KL

Teringin merasai bagaimana pengalaman ditangkap, dikunci di dalam kurungan dan terpaksa mencari idea untuk melepaskan diri? Cuba Lockdown di Kuala Lumpur ini. Otak anda akan diuji untuk mengjawab teka teki dan sekaligus melepaskan diri daripada kurungan. Terdapat pelbagai ruang bertema yang berbeza dan masing-masing mempunyai cabaran yang tersendiri!

Waktu operasi: 10 pagi sehingga 10 malam, setiap hari

Alamat: T19, Level 3, Lot 10 Shopping Centre, 50 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *