Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi!
Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi! 1

Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi!

Zaman teknologi sekarang semuanya hanya di hujung jari. Dan kalau anda nak tahu, nak berjimat pun boleh di hujung jari sahaja tau. Sebabnya sekarang dah ada pelbagai aplikasi yang memberikan penjimatan bila anda berbelanja menggunakan telefon pintar anda. Cuma anda tahu atau tidak je. Jom kami kongsikan dengan anda aplikasi yang kami sendiri dah guna dan kami rasa anda juga perlu ada dalam telefon pintar anda. Kalau tak daftar rugi!

1 – Shopback

Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi! 2
Kredit Foto: Anotsopopularkid

shopback merupakan aplikasi yang menawarkan wang dikembalikan atau pun “cashback” bila anda membuat pembelian servis atau produk dari syarikat yang berdaftar dengan shopback. Antaranya Lazada, Shopee, 11street, Booking.com, Agoda, Expedia, Zalora, Klook, Traveloka dan bermacam lagi. Sebagai contoh bila anda membuat tempahan hotel di booking.com melalui applikasi Shopback dengan harga Rm100 untuk satu malam, anda akan mendapat “cashback” sebanyak RM12. Berbaloi kan? anda boleh daftar di sini untuk dapat RM5 percuma!

2 – Bigpay

Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi! 3
Kredit Foto: my.carousell

Jika sebelum ini semasa membuat pembayaran tiket AirAsia anda dikenakan caj RM4 jika menggunakan perbankan internet dan RM16 jika menggunakan kad kredit. Kini anda boleh mendapatkan penjimatan ‘Zero Processing Fee’ dengan menggunakan Big Pay kad. Dan yang paling best adalah Big Pay kad boleh digunakan di Lazada, Shoppe, petrol pam, beli barangan di Tesco dan Giant dan banyak lagi. Setiap transaksi anda akan memperoleh Big Point dan boleh untuk redeem ‘point’ di BIG Store mahupun BIG point untuk tiket penerbangan Air Asia. Sangat berbaloi! Boleh daftar di link ini dan masukkan kod FEE8UWKCPV untuk dapat RM10 percuma!

3 – Grab

Image result for grab
Kredit Foto: Grab

Siapa tak kenal Grab kan? Aplikasi yang memberi kemudahan pengangkutan dan penjimatan harga! Dan bukan itu sahaja tau. Sekarang Grab dah boleh membuat pembayaran untuk pembelian di 11Street, MBO Cinema, Topup Kad Prabayar dan macam-macam lagi. Kalau anda selalu guna Grab, anda akan dapat point di mana point tersebut membuatkan anda layak untuk terima reward dari Grab seperti potongan diskaun untuk pembelian di Starbuck, Baskin Robin, TGV Cinema dan banyak lagi. Jom daftar di link ni. Jangan lupa masukkan kod GRAB4TEV6HZ0 tau!

4 – Klook

Apps Telefon Pintar Untuk Jimatkan Duit Kepada Anda Yang Suka Bercuti. Berbaloi! 4
Kredit Foto: Klook

Bagi yang belum tahu, terdapat lebih kurang 40,000 tawaran boleh diakses oleh pengguna di 200 destinasi seluruh dunia menerusi Klook. Bukan sahaja tawaran tiket ke taman tema tetapi turut ditawarkan adalah tiket festival muzik, tempat makanan popular, pertunjukan budaya, pakej ke destinasi-destinasi tempatan yang menarik, sewa pengangkutan dan juga menyewa hotspot WiFi. Anda tidak perlu lagi beratur panjang di selepas anda membuat tempahan atau pembelian di aplikasi Klook. Jom daftar Klook di sini . Gunakan kod HXRQP dan anda akan dapat RM15 tau!

5 – OYO

Image result for oyo
Kredit Foto: The National

OYO merupakan sebuah rangkaian Hotel berjenama terbesar di India dan kini mula membangun pesat di Asia. Di Malaysia , OYO beroperasi di  Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. OYO menawarkan harga penginapan yang cukup rendah iaitu bermula RM49 untuk satu malam termasuk wifi percuma dan banyak lagi kemudahan! Cepat daftar sekarang di link ni dan jangan lupa gunakan kod AFFIX9DL6 masa daftar nanti.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *