Group FB Yang Anda Wajib Join Jika Minat Melancong & Aktiviti Outdoor

Anda seorang yang suka sangat melancong dan melakukan aktiviti sukan lasak seperti jungle trekking dan hiking? Jika ya teruskan membaca..

Kali ini kami nak kongsikan dengan anda group Facebook yang anda patut sertai supaya anda sentiasa mendapat info terkini, tips, event dan macam-macam lagi.

1 – Hiking & Camping Around Malaysia (HACAM)

Dengan ahli kumpulan melebih 230,000 orang, kumpulan Facebook HACAM sangat aktif untuk peminat hiking dan jungle trekking. Jika anda masih baru dalam dunia hiking, anda sangat disarankan untuk sertai kumpulan ini disebabkan anda boleh mencari trip-trip hiking bersama kumpulan yang dianjurkan oleh guider yang bertauliah dan berdaftar dengan HACAM. Jangan risau jika anda dari negeri mana sekali pun, akan ada penganjur trip yang juga sama negeri dengan anda.

2 – Hiking & Recreation Around Malaysia (HARAM)

Dengan ahli kumpulan yang hampir mencecah 50,000 orang , kumpulan Facebook HARAM juga merupakan kumpulan yang khusus untuk aktiviti hiking dan trekking. Jika anda peminat aktiviti sebegini, kumpulan ini juga tempat untuk anda mencari trip, info hiking dan tempat untuk bertanya berkenaan hiking sama seperti di HACAM.

Image result for hiking malaysia
Kredit Foto: Klexpat malaysia
Image result for hiking malaysia
Kredit Foto: Kaodim

3 – Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Dengan ahli kumpulan melebihi 280,000 orang, kumpulan Facebook BBM merupakan kumpulan terawal yang mengumpulkan kaki-kaki travel untuk mencari rakan travel mereka. Di dalam ini juga anda boleh mencari rujukan, informasi, itinerari dan tips untuk ke sesuatu destinasi atau sesebuah negara. Semestinya info yang terkandung di dalam kumpulan ini sangat banyak dan anda juga boleh berkongsi pengalaman anda untuk dijadikan rujukan orang lain di sini.

4 – Malaysian Backpackers Club

Malaysian Backpackers Club merupakan kumpulan Facebook yang juga mengumpulkan info tentang travel, tips, itinerari dan banyak lagi. Anda juga boleh mencari rakan travel di sini. Dengan ahli kumpulan hampir 72,000 orang sudah tentu banyak info yang sudah dikongsi oleh ahli lama di dalam kumpulan ini.

Related image
Kredit Foto: Travelwithiman Blog
Related image
Kredit Foto: Expert Vagabond

5 – Kaki Travel Malaysia

Anda kaki travel? sudah kena dengan nama kumpulan Facebook ni. Segala-gala info tentang travel anda boleh dapat di dalam kumpulan ni. Dan kalau anda ada pengalaman dan tips anda sendiri, anda juga boleh berkongsi di sini. Kumpulan ini sudah mencecah 53,000 ahli kumpulan!

Jom jadi antara ahli terawal Geng Travel Backpackers. Klik sini untuk sertai kami!