Nama KLIA Tukar Ke Sepang International Airport (SIA)?

Nama KLIA Tukar Ke Sepang International Airport (SIA)? 1

Disebabkan kedudukan geografi sebenar KLIA yang terletak di daerah Sepang, timbul satu cadangan penjenamaan semula KLIA ke nama baru iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA).

Kecoh di laman Twitter tersebarnya satu surat yang menyatakan penjenamaan KLIA tersebut telah disahkan. Namun, pengesahan tersebut disangkal oleh Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengankutan Awan dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Nama KLIA Tukar Ke Sepang International Airport (SIA)? 2
Minit mesyuarat yang bocor di Internet. Kredit Foto: Malaysia Kini

“Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor. Lapangan terbang antarabanga yang terkenal sering menggunakan lokaliti sebagai namanya, contohnya adalah Narita/ Haneda di Tokyo, Incheon di Seoul, Suvarnabhuni di Bangkok, Baiyun di Guangzhou, Pudong di Shanghai, Schipol di Amsterdam dan sebagainya,”

kata Ng kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

KLIA yang sudah dikenali sememang sinonim dengan Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia. Penjenamaan ini harus di kaji semula kerana ianya pasti memberi kesan kepada ekonomi negara khususnya. Selain itu, jika perubahan ini dilakukan ianya akan menelan kos yang tinggi untuk menukar segala papan tanda dari nama lama ke nama baru di jalan raya dan di dalam lapangan terbang itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *