Maya Bay Terus Ditutup Sehingga 4 ke 5 Tahun Lagi

Berita ini pasti memberi kekecewaan kepada anda yang sudah bercadang untuk ke Maya Bay, Krabi kerana pihak berkuasa Taman Negara Thailand akan melanjutkan lagi tempoh pemuliharaan terumbu karang dan hidupan laut di kawasan terbabit. Kemungkinan tempoh lanjutan terbabit akan diteruskan sehingga 5 tahun lagi.

Sejak penutupannya pada 1 June 2018 , pihak marin telah pun memulakan pemuliharaan kawasan terbabit dengan sebanyak 23,000 menanam semula terumbu karang di situ. Malah banyak hidupan laut telah kembali semula di kawasan teluk terbabit.

Related image
Kredit Foto: Hidustan TImes

Sebelum ini, pantai itu terkenal disebabkan pengambaran filem “The Beach” yang dibintangi oleh Leornardo Di Caprio. Kemasyuran itu telah meningkatkan kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa akhirnya pulau tersebut rosak dari segi ekologinya.

Memburukkan lagi keadaan apabila para pelancong tidak menjaga kebersihan pantai dengan membuang sampai merata-rata. Manakala kehadiran bot-bot membawa pelancong yang membaling sauh ke dalam laut telah merosakkan struktur batu karang semula jadi di dasar laut.

Bagi yang belum sampai lagi ke Maya Bay, mungkin ini satu pengajaran yang kita boleh ambil di mana alam semula jadi haruslah di jaga supaya kewujudannya dapat di rasai oleh kita dan keturunan kita. Kecantikan alam akan rosak dan hidupan laut akan mati bila kita dengan sesuka hati membuang sampah merata. Sama-sama kita pelihara alam semula jadi semua ianya dapat berkekalan.

Sumber: Makan Lena