fbpx

Gunung Agung Di Bali Mengeluarkan Abu Panas Setinggi 5.1 KM

Ahmad Suhael

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), Gunung Agung di Bali meletuskan abu panas setinggi 5.1 kilometer dari paras laut pada jam 3.21 pagi pada Ahad.

Sebelum ini pada tahun 2018, Gunung Agung pernah memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda. Kali ini letusan Gunung Agung berada pada tahap tiga atau bersiap sedia menurut agensi terbabit.

Penduduk tempatan dan juga para pelancong diminta untuk tidak melakukan aktiviti di sekitar 4 kilometer dari kawasan puncak gunung tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pelancong Asing Kini Sudah Boleh Melalui Kaunter Automatik Jika Berlepas Dari Singapura

Jika sebelum ini semua warga asing yang berlepas ke Singapura perlu melalui kaunter imgresen untuk pengesahan passport dan mendapatkan cop perlepasan di atas passport mereka, kini mereka tidak lagi perlu berbuat demikian. Menurut Pihak Berkuasa Imigresen & Pemeriksaan (ICA) Singapura, semua pelancong asing tidak lagi memerlukan pengesahan imigresen berlepas atau […]
Gunung Agung Di Bali Mengeluarkan Abu Panas Setinggi 5.1 KM 2