Gunung Agung Di Bali Mengeluarkan Abu Panas Setinggi 5.1 KM

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), Gunung Agung di Bali meletuskan abu panas setinggi 5.1 kilometer dari paras laut pada jam 3.21 pagi pada Ahad.

Sebelum ini pada tahun 2018, Gunung Agung pernah memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda. Kali ini letusan Gunung Agung berada pada tahap tiga atau bersiap sedia menurut agensi terbabit.

Related Post

Penduduk tempatan dan juga para pelancong diminta untuk tidak melakukan aktiviti di sekitar 4 kilometer dari kawasan puncak gunung tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka.

Sumber: Astro Awani

This website uses cookies.