Pelancong Asing Kini Sudah Boleh Melalui Kaunter Automatik Jika Berlepas Dari Singapura

Pelancong Asing Kini Sudah Boleh Melalui Kaunter Automatik Jika Berlepas Dari Singapura 1

Jika sebelum ini semua warga asing yang berlepas ke Singapura perlu melalui kaunter imgresen untuk pengesahan passport dan mendapatkan cop perlepasan di atas passport mereka, kini mereka tidak lagi perlu berbuat demikian.

Menurut Pihak Berkuasa Imigresen & Pemeriksaan (ICA) Singapura, semua pelancong asing tidak lagi memerlukan pengesahan imigresen berlepas atau cop perlepasan dalam dokumen perjalanan mereka ketika berlepas dari republik itu bermula 22 April 2019.

Perlaksanaan terbabit merupakan usaha untuk menyelaraskan prosedur di pusat pemeriksaan, mengefisienkan lagi proses pelepasan dan proses imigresen yang lebih cekap.

Menurut ICA lagi, pelancong asing yang cap jari mereka telah didaftarkan melalui sistem BioScreen apabila ketibaan mereka ke Singapura sejak September 2016 layak menggunakan laluan automatik apabila mereka meninggalkan Singapura.

Sumber: MSN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *