9 Perkara Misteri Disebalik Taj Mahal Yang Jarang Diketahui Umum

9 Perkara Misteri Disebalik Taj Mahal Yang Jarang Diketahui Umum 1

Mungkin ramai yang sudah kenal dengan monumen ikonik di India ini, iaitu Taj Mahal. Dan pastinya ramai juga tahu mengenai kisahnya yang popular iaitu cinta agung Kaisar Mugha Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal sehingga terbinanya Taj Mahal itu sendiri.

Tetapi tak ramai yang tahu sisi lain disebalik monumen besar ini. Jom teruskan baca.

1 – Konflik Agama

Ramai orang percaya bahawa monumen ini pada asalnya merupakan kuil Tuhan Siwa. Dipercayai bilik-bilik yang dirahsiakan di dalam Taj mahal mempunyai patung-patung Lord Shiva di dalamnya. Walaubagaimanapun, kerajaan India tidak mahu konflik agama berlaku jadi bilik-bilik rahsia itu ditutup. Ini keranaperkara ini mungkin menjadi punca konflik Hindu-Muslim.

2 – Kaligrafi

Jika anda pernah melawat Taj Mahal, pastinya anda akan perasan tulisan kaligrafi di atas dinding dalam dan luar bangunan terbabit. Sebenarnya tulisan kaligrafi itu merupakan 99 nama Allah.

9 Perkara Misteri Disebalik Taj Mahal Yang Jarang Diketahui Umum 2
Kredit Foto: Taj Mahal

3 – Berganti Warna

Tak ramai yang orang tahu, Taj Mahal mampu ‘berubah warna’ apabila disinari cahaya matahari.
Pada waktu pagi, warnanya nampak merah muda, manakala pada waktu malam menjadi putih susu.

Menurut kepercayaan masyarakat sana, perubahan warna dianalogikan sebagai simbol perubahan mood seorang wanita. Sama ada betul atau tidak, keunikan ini menambahkan lagi kehebatan dan keindahan seni bina Taj Mahal.

9 Perkara Misteri Disebalik Taj Mahal Yang Jarang Diketahui Umum 3
Kredit Foto: Okelifestyle

4 – Menelan Belanja 32 juta India Rupee

Pembinaan Taj Mahal mengambil masa 17 tahun untuk siap dan memerlukan seramai 22,000 orang pekerja. Ianya menelan belanja sebanyak sekitar 32 juta india rupee!

Lebih dari 1000 gajah dikerahkan untuk membawa marmar sewaktu pembinaan monumen ini. Ketika pencerobohan pihak Inggeris pada tahun 1857, beberapa barang berharga telah dipercayai hilang. Adus!

5 – Empat menara

Taj Mahal memiliki empat menara yang sedikit tirus ke atas. Dipercayai adalah untuk mencegah dari kerosaakn ketika gempa bumi.

Image result for empat menara taj mahal
Kredit Foto: Sedunia Travel

6 – Bilik & Lorong Rahsia

Terdapat bilik rahsia dan lorong-lorong di dalam Taj Mahal. Walaubagaimanapun ianya telah ditutup oleh pemerintah terdahulu dan masih lagi ditutup sehingga sekarang.

9 Perkara Misteri Disebalik Taj Mahal Yang Jarang Diketahui Umum 4
Secret door & path inside Taj Mahal sealed.

7 – Aliran air

Ada aliran air di dalam monumen namun tidak diketahui sumbernya. Malah terus menjadi misteri sehingga sekarang.

8 – Bangunan Simetri

Jika anda perasan, Taj Mahal mempunyai struktur bangunan yang sangat simetri dari menara, dinding, kamar dan sehinggalah ke kebunnya. Semuanya mempunyai bentuk yang sempurna.

Tetapi, hanya makam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal yang tidak simetri. Makam Shah Jahan sedikit ditinggikan dan lebih besar ketimbang isterinya.

Tomb in Taj Mahal
Kredit Foto: Smithsonian

Sumber: Punwadi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *