Jika ditanya anda suka travel secara solo atau bersama travel buddies? pasti ramai yang akan jawab travel bersama kawan disebabkan travel bersama kawan tak rasa berseorangan. Malah, ada kawan nak bersembang, kawan boleh tolong ambilkan gambar dan bermacam-macam lagi.
Tetapi travel secara solo pun apa kurangnya. Selain daripada kecapi rasa bahagia dengan travel, sebenarnya banyak yang anda boleh pelajari bila anda travel secara solo. Pengalaman travel secara solo hanya anda yang dapat rasakan.
Antara artikel pengembara yang pernah kami tulis; Travel Solo Transiberian, Eropah, Kanada dan banyak lagi. Tapi sebab apa mereka ini pilih untuk travel secara solo ini ada sebabnya. Jom baca 4 sebab kenapa travel secara solo lebih adventure!
1. Bebas Menentukan Aktiviti
Bila anda travel secara solo, anda boleh fokus penuhi itinerari anda. Apa yang anda suka lakukan dan mahu lakukan, lakukannya! Anda pasti sanggup skydiving dari ketinggian 5000 kaki untuk dapatkan permandangan berbeza dari atas. Sebaliknya jika travel bersama kawan, mungkin tak semua kawan anda sanggup berbuat demikian. boleh hilang mood travel nanti!
Pernahkah anda merasa bila tiba di sesuatu tempat yang indah anda rasa anda perlu luang lebih masa disitu dari sepatutnya? Lakukan sahaja! sebabnya anda berkuasa putuskan untuk merubah itinerari anda, tiada siapa yang akan menghalang.
2. Anda Jadi Lebih Disiplin
Bagi seorang yang suka travel pastinya setiap itinerari yang disusun akan dipenuhi. Jadi bila anda travel seorang diri, tiada orang lain yang akan mengingatkan anda. Anda sendiri yang akan mengurus masa anda. Tiada lagi alasan “tunggu kawan siap baru nak gerak”. Anda pasti akan berasa puas hati dan gembira apabila setiap apa yang anda ingin lakukan, anda dapat penuhi.
3. Anda Jadi Lebih Yakin Dengan Diri Sendiri
Semestinya bila travel secara solo pastikan ada cabaran yang perlu anda tempuhi. Disebabkan anda hanya berseorangan, pasti anda akan tempuh cabaran itu juga. Automatik anda akan tetapkan keyakinan dalam diri sendiri. Sebagai contoh mungkin anda seorang yang pemalu dan tak berapa fasih berbahasa asing, memandangkan anda seorang diri, anda pasti luahkan juga soalan kepada orang tempatan di sana untuk bertanyakan sesuatu bukan?
4. Belajar Berdikari
Pastinya bila di tempat orang, banyak perkara yang tak sama dengan tempat asal anda yang mungkin sudah menjadi kebiasaan pada anda. Jadi bila travel secara solo, ianya juga seperti mula-mula hidup di universiti ataupun sewaktu anda bujang. Setiap perkara baru yang datang pastinya anda akan pelajari sendiri. Anda akan belajar mengurus masa, wang dan diri anda sendiri untuk teruskan hidup dengan minimumkan bantuan dari orang lain.
5. Anda Jadi Lebih Sosial Dengan Orang Asing
Memandangkan anda berseorangan, beranikan lah diri anda untuk memulakan perbualan dengan orang tempatan sana. Luangkan lah lebih masa untuk bercerita dan mendengar tentang budaya orang tempatan. Pastinya anda akan belajar sesuatu yang baru lebih kenali budaya mereka lebih mendalam. Pengalaman seperti ini pastinya tidak dapat anda rasa jika anda travel bersama kawan memandang masa anda akan lebih terluang bersama kawan anda.