fbpx

Taman Tema Naruto Lagi Satu Tarikan Menarik Di Jepun

Ahmad Suhael

Rasengan! Buat peminat tegar siri anime Naruto pasti sangat teruja dengan berita tentang pembukaan taman tema naruto yang berkonsepkan anime terbabit di Jepun.

Taman tema yang di kenali sebagai Nijigen no Mori yang terletak di Awaji, Prefektur Hyogo, Jepun ini mempunyai keluasan 8,000 meter persegi memaparkan mercu tanda ikonik yang memaparkan shinobi-shinobi di perkampungan Naruto & Boruto Shinobi-Zato .

Harga tiket untuk memasuki taman tema ini adalah seperti berikut:

  1. ~RM121.64 untuk dewasa
  2. ~RM66.35 untuk pelajar universiti
  3. ~RM18.43) untuk pelajar sekolah menengah
  4. Percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun

Bagi peminat tegar anime naruto pasti akan kenali mercu tanda penting di taman tema terbabit antaranya pintu masuk ke kampung, Hokage Rock dan Ramen Ichiraku. Selain itu, tempat menarik lain di taman tema ini termasuklah patung berskala sebenar, maze, paparan realiti ditambah, patung melakukan jutsu dan banyak lagi.

Sumber: Hypebeast

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

4 Sebab Kenapa Travel Secara Solo Lebih Adventure!

Jika ditanya anda suka travel secara solo atau bersama travel buddies? pasti ramai yang akan jawab travel bersama kawan disebabkan travel bersama kawan tak rasa berseorangan. Malah, ada kawan nak bersembang, kawan boleh tolong ambilkan gambar dan bermacam-macam lagi. Tetapi travel secara solo pun apa kurangnya. Selain daripada kecapi rasa […]
Taman Tema Naruto Lagi Satu Tarikan Menarik Di Jepun 2