Antara Posing Gambar Yang Wajib Anda Tangkap Semasa Travel
Bila dah banyak sangat bergambar, kadang-kadang sampai dah tepu idea nak posing gambar yang macam mana lagi. Idea gambar apa yang nak diambil pun dah tak tahu. Mari kami kongsikan kepada anda idea-idea yang anda boleh guna untuk bergambar semasa travel.
1 – Gambar Passport & Tiket
Ini yang paling wajib. Gambar bukti anda sedang bercuti. Travel mood is on! Selalunya kalau anda muat naik gambar passport & tiket penerbangan memang nak jeleskan kawan kan? 😛

2 – Gambar Pegang Tangan Dari Belakang
Jika anda travel bersama pasangan, gambar ini wajib buat sebabnya gambar ini akan jadi kenangan terindah buat anda dan pasangan di masa akan datang. Boleh tunjuk pada anak cucu nanti. Sweet giteww!

3 – Gambar Sayap Kapal Terbang
Jika nasib anda baik dapat tempat duduk di sebelah tingkap kapal terbang, jangan lupa tangkap gambar sayap kapal terbang tu. Biar nampak cool bila upload kat media sosial. Bonus untuk anda jika dapat permandangan gunung ganang atau kota bandaraya. Kalau tak dapat, permandangan awan pun boleh lah. 😀

4 – Gambar Dari Belakang Sambil Anda Pandang Permandangan
Bila dapat satu spot permandangan yang cantik, cuba ambil gambar dari belakang sambil anda pandang permandangan. Serius cantik! bosanlah kalau asyik-asyik gambar nampak muka anda je. hehe.

5 – Gambar Permandangan
Jangan lupa ambil gambar permandangan tanpa ada seorang pun dalam gambar. Kadang-kadang sesuatu permandangan indah itu sudah cukup mengambarkan keseronokan anda tanpa perlu anda ada di dalam gambar. Setuju?

6 – Gambar Makanan
Bila travel ke tempat orang, pastinya ada makanan yang jarang ditemui di tempat asal kita. Ada yang nampak pelik tapi sebenarnya itulah keunikan berbeza budaya dan bangsa. Jangan lupa untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan yang membuktikan anda telah pun cuba masakan dari luar negara.

7 – Lompat Dengan Gaya Tersendiri
Jangan lupa buat lompat sambil buat gaya anda tersendiri. Contohnya lompat sambil bersila, lompat bintang ataupun lompat seperti terkena terdangan. Kebiasaannya travel akan buat gambar lompat bila di area lapang contohnya pantai atau dataran. Sangat menarik! Gambar anda akan nampak lain daripada yang lain.
8 – Buat Wajah Ketawa
Buat wajah ketawa bila bergambar. Seakan-akan anda sedang dalam keadaan sangat gembira dengan percutian anda. Pasti rakan anda akan cemburu!

9 – Ambil Gambar Tanpa Tengok Kamera
Bila anda buat posing begini, gambar anda akan nampak seperti model dan nampak lebih spontan. Gambar begini bila di muat naik ke media sosial barulah banyak like. hehe.

10 – Gambar Tunjuk Kaki Menhadap Permandangan
Antara variasi gambar permandangan ialah hulurkan kaki anda dan ambil gambar permandangan yang indah dengan hanya kaki anda termasuk dalam gambar. Ia menggambarkan yang anda sedang menikmati permandangan yang sangat indah 🙂

So, dah makin bercambah idea nak bergambar? lepas ini boleh lah gunakan tips bergambar ini bila anda travel atau pun apa-apa aktiviti. Tapi kami tak jamin boleh dapat ‘like’ dan ‘love’ banyak ye. hehe. Jangan lupa like, komen pendapat anda, tag rakan anda dan share artikel ini ye 🙂
2 thoughts on “Antara Posing Gambar Yang Wajib Anda Tangkap Semasa Travel”