4 Checklist Utama Sebelum Anda Beli Tiket Melancong Ke Luar Negara

4 Checklist Utama Sebelum Anda Beli Tiket Melancong Ke Luar Negara 1

Kebanyak orang bila nak travel mesti ada buat checklist. Antara perkara di dalam checklist ialah tiket kapal terbang, penginapan dan transport. Tapi sebenarnya ada 4 perkara lain yang patut anda utamakan sebelum checklist tadi. Jika 4 perkara ini anda tak dahulukan untuk di semak, kemungkinan anda boleh mengalamai kerugian. Jom teruskan membaca.

1 – Semak Senarai Hitam Di Portal Imegresen

Bagi pemegang pinjaman PTPTN, pasti anda sudah ketahui bahawa setiap peminjam yang tidak membuat pembayaran akan di senarai hitam dari keluar negara. Jadi sebelum anda membeli tiket ke mana-mana destinasi, semak terdahulu nama anda untuk mengelakkan percutian anda tergendala di kemudian hari.

4 Checklist Utama Sebelum Anda Beli Tiket Melancong Ke Luar Negara 2
Kredit Foto: Jabatan Imigresen Malaysia

2 – Semak Sama Ada Anda Perlukan Visa Atau Tidak

Tak semua negara memerlukan visa untuk ke negara terbabit. Jadi amat penting untuk anda menyemak keperluan membuat visa untuk ke destinasi yang dituju. Takut di kemudian hari baru nak buat tak sempat nak siap pada tarikh penerbangan anda. Habis setiap tempahan yang sudah di buat terpaksa “burn” begitu saja.

4 Checklist Utama Sebelum Anda Beli Tiket Melancong Ke Luar Negara 3
Kredit Foto: Y Axis

3 – Semak Tarikh Luput Passport Masih Valid Atau Tidak

Perkara ini tak perlu nak diingatkan kepada para traveller. Sebabnya passport merupakan dokumen wajib ada untuk ke luar negara, manakala visa pula hanya perlu bergantung kepada destinasi anda. Tapi kena ingat tarikh penerbangan anda mestilah awal 6 bulan dari tarikh luput passport anda ye. Dan jangan tersalah guna no passport lama pula ye bila isi boarding pass nanti 😛

Image result for passport malaysia
Kredit Foto: Sedunia Travel

4 – Semak Penukaran Wang Asing

Selepas 3 perkara di atas dah selesai baru lah sampai masa untuk tukarkan duit anda. Tapi kami nasihat untuk anda semak dahulu penukaran mata wang di mana lebih murah. Ada kala tukar di negara destinasi lebih untung berbanding di Malaysia sendiri. Dan jika anda hendak tukar di Malaysia, anda kena rajin bertanya dan buat sedikit kajian untuk dapatkan penukaran mata wang yang terbaik.

Image result for penukaran wang
Kredit Foto: Wikipedia

Selepas semua 4 perkara di atas ini dah selesai baru la boleh fokus untuk penuhi checklist anda yang lain. Penginapan, transport, tempat-tempat menarik dan lain-lain kena tempah awal juga ye. Kalau lambat nanti penuh atau jika anda bernasib baik mungkin anda tapi terpaksa membayar dengan harga yang mahal. hehe.

Selamat Bercuti! jangan lupa kongsikan tips ini dengan rakan yang lain.

Sumber: Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *