Nak Travel Tapi Selalu Tak Cukup Duit? Cuba Tips Menyimpan Ini

Nak Travel Tapi Selalu Tak Cukup Duit? Cuba Tips Menyimpan Ini 1

Pernah tak merasai waktu di mana sedang anda scroll Facebook atau Instagram pasti ada rakan-rakan anda yang sedang bercuti sama ada di dalam atau di luar negara. Anda pula hanya terperuk di dalam rumah menghadap telefon anda. Mesti anda rasa cemburukan? terdetik pula hati bertanya, “banyak pula kawan aku ni duit”, “macam mana dia kumpul ye”, ” kerja apa dia ni mesti gaji besar” dan macam-macam lagi persoalan. hehe..

Sebenarnya puncanya anda tidak ada tabung simpanan untuk travel. Untuk artikel kali ini. kami nak kongsikan kepada anda cara mudah untuk anda buat simpanan travel anda. Jom teruskan membaca.

1 – Simpanan ASB

Pastinya ramai dah tahu tentang kebaikan bila menyimpan di ASB ni. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB jugak salah satu cara untuk mengelakkan anda daripada mengeluarkan duit anda sesuka hati.

Selain tu, dividen yang diberikan agak tinggi. Jadi anda boleh gunakan dividen tadi sebagai modal untuk anda bercuti setiap tahun. Kalau tak pun banyak jadi anda lah!

Image result for asb
Kredit Foto: New Straits Times

2 – Buat Tabung Untuk Travel

Buat satu tabung yang khas hanya untuk travel. Cara ini mungkin agak kuno tapi berguna. Pastikan anda gunakan tabung besi, sebabnya tabung jenis ini tak boleh di kopak kecuali dengan potong tabung tadi. Jadi, bila duit dah masuk ke dalam tabung tak akan boleh keluarkan. Janji pada diri anda keluarkan duit tadi hanya bila tiba waktu nak bercuti sahaja tau!

Nak Travel Tapi Selalu Tak Cukup Duit? Cuba Tips Menyimpan Ini 2
Kredit Foto: Penhitam

3 – Minta Famili Anda Simpankan

Cara ini juga merupakan salah satu cara menyimpan. Tapi pastikan orang yang anda amanahkan untuk pegang duit anda adalah orang yang anda percaya. Takut nanti dah cukup bulan melesap duit anda. hehe.

Image result for bagi duit kt emak
Kredit Foto: Radio Sinar

4 – Main Duit Kutu

Sebenarnya main duit kutu juga salah satu cara seperti nombor 3 tadi. Tapi konsep duit kutu lebih kepada berkumpulan. Kebanyakan orang bermain duit kutu bersama rakan ofis.

Ada kelebihan dan kekurangan duit kutu ni. Kelebihannya anda boleh pilih giliran untuk dapatkan duit selepuk manakala kekurangannya pula jumlah simpanan bergantung kepada berapa ahli kumpulan. Jika ramai maka banyaklah duit simpanan tadi.

Nak Travel Tapi Selalu Tak Cukup Duit? Cuba Tips Menyimpan Ini 3
Kredit Foto: faridah4646.blogspot

5 – Guna Goal Saving Plan Dari Perbankan Online

Jika anda pengguna Maybank, anda boleh gunakan Goal Saving Plan (GSP) untuk simpanan travel atau apa-apa juga simpanan. Fungsi dari maybank2u ini sangat membantu anda jika anda jenis orang yang susah nak menyimpan.

Anda boleh set setiap bulan berapa penolakan dari akaun anda untuk disimpan dan berapa lama tempoh simpanan itu. Duit tadi akan disimpankan oleh Maybank tanpa anda terlepas mendapat dividen seperti biasa. Jadi, selepas sampai masa, duit simpanan tadi akan dikreditkan semula ke akaun anda. Fungsi yang sangat best!

Nak Travel Tapi Selalu Tak Cukup Duit? Cuba Tips Menyimpan Ini 4
Kredit Foto: Lowyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *