5 Tips Keselamatan & Keselesaan Ketika Travel Bersama Anak
Bagi anda yang masih belum berkahwin mungkin mudah untuk anda membuat sesuatu keputusan bila bercuti. Tetapi untuk yang berkeluarga, banyak faktor yang perlu anda titikberatkan untuk memastikan percutian anda dan keluarga anda berjalan lancar.
Lebih-lebih lagi apabila anda miliki anak kecil, sudah tentu anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal tentang kemungkinan yang bakal terjadi. Jadi kami ingin kongsikan dengan anda 5 tips keselamatan dan keselesaan travel bersama anak untuk anda yang sudah berkeluarga.
1 – Pilih Destinasi Yang Sesuai
Pilihan destinasi percutian apabila bercuti bersama keluarga sangat penting. Ini kerana faktor-faktor seperti keselamatan dan kesihatan perlu diambil kira. Adalah sangat tidak berbaloi untuk merisikokan ahli keluarga demi destinasi yang anda nak sangat pergi.
Rajinkan diri untuk membuat kajian lokasi pilhan sesuai atau tidak untuk membawa anak kecil. Memandangkan kita tak pasti destinasi yang ingin dituju sedang dilanda wabak seperi selesema burung, zika dan macam-macam lagi wabak yang merbahaya.
Selain itu, fikirkan juga keselamatan anak anda di destinasi pilihan anda. Elakkan memilih untuk melawat lokasi yang merbahaya seperti banyak kes penculikan kanak-kanak.

2 – Bawa Ubat-Ubatan
Ini amat penting kerana kesihatan sekeluarga di tempat orang tidak dapat diduga. Jika anda tidak sediakan ubat-ubatan, percutian anda mungkin hanya menjadi satu persinggahan sahaja. Ini kerana anda terpaksa menjaga anak anda dan tidak dapat keluar untuk ke tempat-tempat menarik.
Untuk keselamatan yang lebih lagi, pastikan anda mengambil insuran sekeluarga bila bercuti. Jika berlaku perkara yang tidak diingini sebagai contoh anak anda terpaksa dimasukkan ke hospital, kos bil hospital akan di tanggung oleh insuran terbabit.

3 – Pilih Penginapan Yang Sesuai
Selain destinasi, pilihan penginapan juga perlu diutamakan. Sebelum menempah, cari dan pilih penginapan yang lebih mesra dan selesa untuk sekeluarga. Penginapan seperti doom, kongsi bilik sangat tidak sesuai kerana mungkin akan mengganggu penginap lain.
Bagi anda yang ada anak yang masih kecil, pastikan penginapan yang anda tempah ada kemudahan water heater untuk memudahkan anda membuat susu. Selain itu, pilih bilik yang terbina tandas di dalam supaya mudah untuk anda membasuh anda jika mereka “poo”.
Adalah bonus jika penginapan yang anda tempah dapat memberikan diskaun atau free tiket untuk kanak-kanak ke tempat-tempat menarik di sana.

4 – Bawa Permainan
Memandangkan kanak-kanak sangat mudah bosan terutamanya bila terpaksa menharungi perjalanan yang panjang. Jadi, ibu bapa perlu pandai alihkan perhatian mereka.
Caranya mudah, hanya bawa permainan kegemaran anak seperti anak patung ataupun buku dan boleh berikan kepada mereka jika perlu. Selain itu dengan adanya teknologi sekarang amat mudah, ibu bapa boleh alihkan perhatian anak mereka dengan memberikan video kanak-kanak seperti Omar & Hana.

5 – Guna Stroller & Baby Carrier
Memandang anda sedang bercuti, pasti anda dan keluarga akan banyak berjalan. Jadi untuk keselesaan anak semasa anda bergerak, pastikan anda membawa mereka di atas stroller atau pun baby carrier.
Jika boleh bawa kedua-dua sekali stroller dan juga baby carrier. Ini kerana stroller boleh digunakan di jalan rata terutamanya apabila berjalan di bandar. Manakala baby carrier pula boleh digunakan apabila anda melawat tempat-tempat nature dan berbukit. Di sini, penggunaan stroller tidak relevan dan akan menyusahkan anda lagi.

Suka tips dari kami? Jangan lupa ‘like’ dan ‘share’ di media sosial anda. Terima kasih 🙂
Sumber: Siakap Keli