9 Undang-Undang Pelik Yang Boleh Menyebabkan Anda Dipenjara Di Luar Negara

Bercuti sememang seronok lebih-lebih lagi bercuti di luar negara. Suasana, cuaca dan permandangan di luar negara sememangnya memang cantik. Selain itu, budaya dan peraturan di luar negara juga berlainan dengan negara kita. Kadang-kadang disebabkan terlalu seronok bercuti, kita lupa kelainan budaya dan peraturan di tempat orang ni.

Jika anda pernah terbaca sebelum ini pernah terjadi satu kes di mana seorang wanita yang berumur 55 tahun telah ditahan di lapangan terbang antarabangsa Dubai semasa dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengkebumian bekas suaminya di sana.

Difahamkan wanita warga British terbabit didapati bersalah atas melakukan kesalahan di bawah akta jenayah siber kerana memuat naik komen di Facebook tentang isteri bekas suaminya pada 2016. Di mana dia mengaitkan isteri kepada bekas suaminya itu sebagai “kuda”. Akibatnya, wanita itu dipenjarakan di Dubai.

Jika dilihat, kesalahan yang dilakukan oleh wanita terbabit nampak seperti perkara kecil. Namun jika sudah termaktub di dalam undang-undang sesebuah negara tersebut, ianya perlulah dituruti tidak kira apa pun status anda.

Untuk artikel kali ini kami nak kongsikan dengan pembaca 9 undang-undang ‘pelik’ yang nampak remeh tapi anda perlu tahu untuk elakkan anda dipenjarakan pula dikemudian hari. Jom teruskan membaca.

1 – Gula-Gula Getah Diharamkan di Thailand dan Singapura

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tahu tentang wujudnya undang-undang di mana gula-gula getah telah diharamkan di Singapura sejak tahun 1992 lagi. Bagi yang belum tahu, sebenarnya undang-undang ini juga wujud di negara Thailand.

Kerajaan Thailand meletakkan denda sebanyak  RM 2140.00 serta boleh dikenakan hukuman penjara sekiranya anda bersalah dan didapati anda tidak membayar denda tersebut.

Undang-undang ini dikenakan kerana kos yang tinggi dalam penyenggelaraan dan pembersihan sisa gula-gula getah dan ianya dianggap sebagai satu pembaziran.

Dengan adanya undang-undang sebegini, Singapura dan Thailand dapat mengekalkan kebersihan serta kesejahteraan negara itu seterusnya dapat mendidik rakyatnya supaya menjadi lebih bertanggungjawab.

Image result for gula gula getah haram di singapura
Kredit Foto: Iluminasi

2 – Jangan Pijak Wang Baht Di Thailand

Satu undang-undang yang dikenali sebagai lese-majeste digunakan di Thailand sejak dari tahun 1908 di mana ia melarang sesiapa sahaja untuk tidak mempersoalkan, mengutuk mahupun tidak menghormati apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kerabat diraja Thailand.

Memandangkan wajah Raja Thailand diguna pakai di atas wang Baht negara tersebut, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati memijak wang yang mempunyai wajah Raja negara gajah putih itu. Ini baru betul daulat!

Image result for money found on street
Kredit Foto: The Penny Hoader

3 – Baby Walker Adalah Diharamkan Di Kanada

Bagi anda yang belum tahu, penggunaan baby walker di Kanada adalah dilarang sama kali apatah lagi jika menjual beli barangan itu. Ini kerana kerajaan Kanada telah mentakrifkan penggunaan baby walker adalah sebagai tidak selamat.

Statistik daripada Kementerian Kesihatan Kanada menunjukkan kes kecederaan bayi yang menggunakan baby walker adalah seramai 1,900 bayi yang berusia 5 sehingga 14 bulan.

Antara kecederaan yang dicatatkan di dalam kes-kes yang direkodkan adalah seperti jatuh tangga, bayi cuba mencapai objek yang berbahaya seperti cecair beracun dan air panas yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau mungkin membawa maut kepada bayi berkenaan.

Menurut Huffpost, undang-undang ini yang diusul oleh Kementerian Kesihatan Kanada telah dikuatkuasakan pada tahun 2004. Dan jika anda didapati menggunakan atau menjual beli baby walker, anda boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau denda sebanyak $100,000 (CAD) yang bersamaan dengan RM 307,354.63. Wow kopak!

Image result for baby walker banned
Kredit Foto: Vox

4 – Pakaian Renang Hanya Boleh Dipakai Di Pantai Barcelona

Undang-undang ini wujud disebabkan oleh desakan penduduk dan peniaga tempatan akibat terganggu oleh para pelancong yang hanya mengenakan pakaian renang untuk berjalan di pusat bandar dan kawasan sekitar.

Undang-undang itu mula dilaksanakan pada 2011 dan jika didapati memakai pakaian renang di dalam restoran atau mana-mana sahaja di jalanan mahupun di tengah-tengah bandar Barcelona, anda boleh didenda sebanyak £100 (RM 535.00). Cubalah tutup aurat barulah nampak sopan!

Image result for no shirt no shoe
Kredit Foto: Salagraphics

5 – Pakaian Dalam Yang Menggunakan Kain Renda Diharamkan Di Rusia, Belarus dan Kazakhstan

Pelik bunyinya tapi itulah undang-undang di Rusia, Belarus dan Kazakhstan di mana pakaiann dalam yang menggunakan kain renda di haramkan. Alasannya berkait rapat dengan ekonomi negara terbabit dan kesihatan penduduk di sana.

Semua pakaian dalam yang terdapat di Rusia, Belarus dan Kazakhstan diwajibkan sekurang-kurangnya mengandungi kain kapas sebanyak 6% mengikut undang-undang yang telah ditetapkan pada tahun 2013.

Menurut laman sesawang PRI, parlimen negara Rusia mengharamkan pemakaian pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan sintetik dipercayai boleh mendatangkan alahan kepada pemakai sekali gus menjejaskan masalah kesihatan.

Pengharaman itu turut dilaksanakan di bawah negara yang didominasi oleh Rusia seperti Belarus dan Kazakhstan.

6 – Dilarang Memakai Kasut Tumit Tinggi Di Kawasan Bersejarah Di Greece

Demi melindungi seni bina bersejarah, Kerajaan Greece telah melarang penggunaan kasut tumit tinggi jika pelancong ingin berkunjung ke tempat-tempat bersejarah di sana. Ini kerana kasut tumit tinggi menyebabkan tekanan ke atas tanah yang boleh menjejaskan khazanah negara tersebut.

Larangan tersebut telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa di sana pada tahun 2009. Jadi bagi anda yang ingin melancong ke Greece jangan lupa untuk bawa sneakers atau apa-apa kasut yang bukan jenis tumit tinggi.

Image result for high heels banned
Kredit Foto: Wikipedia

7 – Dilarang Bercumbu Di Stesen Keretapi Di Perancis

Walaupun diberi jolokan bandar kota cinta oleh kebanyakan orang luar, Perancis sebenarnya mempunyai undang-undang di mana anda dilarang bercumbu di kawasan stesen kereta api.

Menariknya, undang-undang wujud semenjak dari tahun 1910! Antara sebab undang-undang tersebut dilaksanakan adalah untuk mengelakkan keretapi daripada mengalami kelewatan masa perjalanan serta kesesakan di platform.

Kredit Foto: Today I Learned Something New

8 – Minyak Habis Di Lebuhraya Di Jerman Merupakan Satu Kesalahan

Bagi yang suka memandu laju pastinya anda tahu Jerman merupakan negara yang tidak menetapkan had kelajuan di lebuhraya mereka walaubagaimanapun 130km/h adalah had limit yang dicadangkan sahaja.

Namun begitu, adalah satu kesalahan jika anda memandu dengan paras minyak yang begitu rendah.
Undang-undang itu digubal bagi tujuan untuk mengelakkan kemalangan memandangkan lebuhraya yang tiada had laju maksima itu berisiko untuk pengguna jalan raya yang tidak sempat untuk mengelak kereta yang tersadai di tengah jalan seterusnya akan menyebabkan kemalangan.

Kredit Foto: Clark

9 – Dilarang Membuang Air Kecil Di Laut Portugal

Walaupun undang-undang ini kedengaran seperti tidak masuk akal, namun ia sebenarnya wujud dan perkara ini seharusnya sudah diketahui oleh semua orang termasuk pelancong luar. Namun bagaimana cara ianya dikuatkuasakan tidak dapat dipastikan.

Admin percaya rakyat Malaysia masih bertamadun dan mengekalkan adab yang baik dengan tidak membuang air kecil mahupun besar di merata-rata tempat selain di tandas. Walau apapun, undang-undang ini memang pelik!

Image result for no pee at
Kredit Foto: Twitter The Radio Vagabond

Sumber: Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *